Saturday, March 28, 2015

Q dan A Bilik 50 - 22 Mac 2015

Soalan Dan Jawapan Terkumpul 22 Mac 2015



Q : Doc.. nak tanya.. mengapa duduk lama di atas lantai .. mcm melipat kain.. nak bangun.. terasa sakit dibahagian dlm perut.. sy penah operation anak ke 3 (twins) dan belakang sejak usia 40an ++.. apakah nak manefous ke? 

A : Tak pasti apa yang menyebabkan sakit perut, mungkin ada nerve compression di tulang belakang yang pernah di bedah


Q : Assalam doc...Ibu2 hamil digalakkan utk mengambil omega utk kebaikan janin. Betulkah pengambilan omega perlu dihentikan pada bulan ke8 kehamilan kerana dipercayai omega mencairkan darah dan dibimbangi risiko tumpah darah semasa bersalin nanti?

A : Pengambil omega memang di galakkan semasa mengandung dan setakat ini tiada lagi kes pendarahan jika berterusan semasa mengandung. Pendarahan hanya berlaku jika ianya diambil secara berlebihan

Walau macamana pun ikuti nasihat doktor yang merawat semasa mengandung

Breakfast - most important meal of the day.
Tidak bersarapan - tinggi risiko gemuk & diabetes 😱

Hidangan - 1/2 pinggan sayur, 1/4 pinggan lauk dan 1/4 nasi beras perang

Brown rice....berasnya warna coklat muda, masih ada selapis kulitnya yg nipis yg ada serat, vitamin B & zat galian

Beras nasi dagang bukan beras perang. Malah beras nasi dagang lbh dekat dgn beras pulut yg tinggi carbohydrate


Q : Dr Azlinda,sya jarang b.fast sbb kalo bfast awal pagi,saya akan mengalami sakit perut dan loya.Dan seringkali alami muntah-muntah.dan biasa bfast sya pukul 11.knp jadik mcmni doktor?

Q : Kebanyakan kita juga tak dapat keperluan protein yg cukup. Mcm saya share dulu, kita perlu ambil 1g protein utk setiap kg berat badan.

Contoh : berat 60kg
Keperluan protein sehari : 60g
Jadi, kalau bahagi 3, msknanya sarapan kena mkn 20g protein.
1 telur saiz A = 7g protein. Sda kekurangan 14g lagi

Q : Sejak kena radang hati yg kronik.. sy ambik susu ensure.. sebab itu perut kenyang dan gastrik pun tiada. Memang berat badan sy dr 65 turun ke 58 kg.

A : Waktu breakfast ialah antara jam 7-9pg. Selepas tu tak dipanggil breakfast lagi.
Sakit perut & loya mungkin kerana makanan sarapan yg tak sesuai atau perut & usus yg tak sihat

Q : penyakit apa yang selalu menyebabkan kulit kaki sering mengulupas,dan apa langkah untuk mengatasi kes ini?

A : Kulit kering & menggelupas mungkin kerana :

1. Kurang kelembapan
2. Reaksi kpd sabun/pencuci lantai yg 'harsh'utk kulit
3. Eczema
4. Jangkitan kulat

No. 3 & 4 biasanya gatal.
Bila kita tau sbbnya baru blh mengubatinya 😄

Q : Kalau tiap2 hari kita breakfast dgn 2biji telur separuh masak, apakah risikonya?
Betulkah telur tidak boleh dimakan tiap2 hari? Adakah berbeza effect makan telur ke atas kanak2 & org dewasa?

A : Telur adalah makanan yg berkhasiat, kaya dgn protein, vitamin & zat galian utk kanak2 & dewasa.

Akan tetapi, setiap hari breakfast dgn 2 bj telur secara berterusan mungkin kurang elok lebih2 lagi dgn cara ayam telur dibela skrg.

Mungkin bbrp kali seminggu, ok.

Q : Betulke dalam iklan kat tv kata ubat ubatan tak kene GST?

A : ubat ada yang tidak dikenakan gst dan ada yang kena

Q : Itu ubat demam ape dktr..xberkesan langsung dan klau demam knp dia bagi apeton psa ank sya..umur dia 16 thn..
Sdangkan dia sakit tekak n demam..

A : Memang paracetamol itu ubat demam, tidak berkesan mungkin tidak cukup dos, seorang yang berumur 16 tahun kena makan 2 biji 3 atau 4 kali sehari. Pharmaton hanyalah supplement


Q : Nak tanya Dr...
Saya mkn byk pun tak gemuk2, apa masalah ye..

A : Besar kemungkinan kadar metabolisme asas tuan tinggi. Tapi jika ada tanda tangan asyik basah kerana peluh, gigil, berdebar debar, rasa bahang, bola mata terkeluar buatlah pemeriksaan, mungkin hormon tiroid tinggi


Sebenarnya kita boleh train perut kita untuk menerima makanan, contohnya kalau kita jarang makan sayur perut kita rasa sakit bila makan sayur dan kembung. Apa yang kita boleh lakukan ialah sikit sikit dahulu dan tambah setelah beberapa hari dan seterusnya, begitu juga dengan sarapan pagi, mula mula makan sikit dan kita tambah selepas beberapa hari dan seterusnya


Q : Anak saya lelaki 5 thn, kalau demam jek bawa gi klinik, balik klinik jek... sihat, tak mkn ubat pun.. Pelik, kenapa ye

A : Alhamdulillah, macam rindu kat doktor je. Sebenarnya demam biasanya disebabkan oleh kuman virus dan akan baik sendiri, tempohnya bergantung kepada sistem immunity individu. Ubat di beri hanya untuk memberi sedikit keselesaan dan bukannya untuk menyembuhkan dalam demam dan selsema


Q : apakah punca2 kencing berdarah? Kawan saya minum sebiji lemon+kulitnya+madu+minyak zaitun. Esoknya dia rasa sakit dan dapati kesan darah dalam air kencing. Sekali itu sahaja

A : Punca punca kencing berdarah

Batu karang
Jangkitan pada salur kencing dan pundi
Kanser pada pundi
Radangan di buah pinggang
Dan lain lain lagi

Biasanya kalau sekali sahaja kita tidak buat apa apabila ujian pada air kencing tiada darah secara mikroskopik

Q : Kulit saya mengalami tompok merah, kemungkinan alahan atau gigitan serangga, rawatan apa yg Bagus utk menghilangkan parut dan tanda 2 merah dan kdg 2 gatal bila panas? Terima kasih Drs

A : Boleh cuba krim vitamin e, tapi biasanya warna hitam pada parut akan hilang selepas 3 bulan

Q : Kenapa saraf tubuh kita bergetar? Seperti menggigil? Apakah penyakitnya? Setakat ni saya bertemu dua orang wanita yg alaminya. Saya rasa tidak selesa salam dgn nya. Seolah dia tarik tenaga saya kpd nya

A : Mungkin warga emas
Orang yang ada essential tremor
Parkinson disease
Orang yang mempunyai kerosakan pada sistem kordinasinya

Q : Doktor, bolehkah kita cecah dari terjadinya kerosakan pada sistem koordinasi tu?

A : Sistem kordinasi rosak di sebabkan stroke, ketumbuhan, syphilis dan lain lain lagi, jadi kena elakkan dari mendapatkan lebih keadaan ini, tapi ketumbuhan sesuatu yang kita tak boleh kawal
Elakkan dari mendapat penyakit ini, tapi ketumbuhan sesuatu yang kita tak boleh nak kawal


Q : Ruam sering timbul di kulit saya terutama di kawasan kulit yg ditutup oleh pakaian dalam. Saya kerap bertemu doc utk selesaikannya Biasanya doc akan priskrip krim. Bila dah selalu berulang saya beli krim di farmasi saja.

 Stakat ini krim yg cepat berkesan bila guna ialah candidB.( jika tak Silap tulisan nya). Ada kesan sampingan tak jika saya guna ia dlm tempoh yg panjang untuk mencegah ruam yg timbul pd kulit?

A : Candid b merupakan kombinasi dua jenis ubat, steroid dan antifungal. Jika di gunakan dengan sapuan yang nipis insyaa Allah kesan sampingan adalah minimal. Selain itu boleh juga amalkan lebih kerap mandi dan menukar pakaian dalam


Q : Doktor Adakah ruam ini terjadi disebabkan kekurangan vitamin tertentu? Selalunya saya mandi 2 kali saja sehari. Ruam akan timbul bila kulit berpeluh dalam sebulan mesti ada seminggu tu ruam menyerang


A : Setakat yang tahu bukan di sebabkan kekurangan vitamin tertentu, ini mungkin disebabkan oleh kelembapan badan kita atau material pakaian dalam dalam. Eloklah kalau kita pastikan pakaian dalam dari kain kapas dan mandi 3 kali sehari

Apabila kulit kita lembap senang kulat untuk tumbuh yang menyebabkan ruam dan gatal

Q : Boleh krim vitamin e hilangkan gatal2,? Sbb bila ke klinik doktor berikan krim steroid

A : Krim vitamin e untuk hilangkan parut
Steroid kena sedikit sahaja, jangan sapu sampai nampak putih tompok tompok tapi sedikit sahaja dan sapu sehingga hilang warna putih, jangan tenyeh

Q : Tangan anak saya selalu berpeluh yang banyak.. Umur anak 14 tahun..

1) apa yg menyebabkan tangannya berpeluh dgn banyak
2) bagaimana cara mengubatinya.

A : jika berpeluh dengan banyak sehingga mengotorkan buku ini kita panggil polyhidrosis

Cara mengubatnya kena jumpa pakar kerana kadang kadang melibatkan pembedahan mikro memotong saraf yang merangsang kelenjar peluh. Jika tidak begitu teruk saya rasa boleh gunakan krim.

Tapi berjumpa lah dulu dengan doktor untuk kepastian


You'll Never See Statins or Cholesterol the Same After This!: https://youtu.be/ZC20MZkkyRQ

Q : Apa pendapat doktor tentang perubatan homeopathy?

A : Maaf saya tak boleh nak bagi komen
Tiada ilmu tentang homeopathy


Q : Apa pendapat doktor mengenai diet atkins? adakah ia baik atau tidak?

A : Atkins diet mengandungi protein & lemak yg tinggi & sgt rendah karbohidrat.

Mungkin kena adjust skt makanan harian :

1. Sayur2an 4-6 cawan
2. Protein yg cukup (sebhgnya dari tumbuhan) - 1/4 pinggan
3. Lemak yg bagus - Omega 3, 9
4. Karbohidrat kompleks dari wholemeal bijirin, kekacang dan beras perang - 1/4 pinggan
5. Air kosong yg bersih 2 L + 1L dari buah2an, sayur2an & lauk (sup)


Q : Apakah normal bg seorang lelaki apabila habis kencing akan keluar cecair putih kepekatan??

A : cecair pekat yang keluar selepas kencing itu ialah cairan dari prostate dan normal terutama bagi mereka yang melakukan aktiviti fizikal yang berat

Q :  ingin bertanya satu soalan tetapi tidak pasti ia boleh ditanya disini atau tidak. Di pasaran kini, bermacam-macam jenis perhiasan diri, yang saya nak sentuh deodorant spray, kebanyakkannya diguna secara terus pada badan. Soalan saya, adakah ia boleh memberi kesan jangka panjang pada kesihatan dalaman?

A : Maaf saya tiada pengetahuan tentang perkara tersebut, akan cuba cari fakta mengenainya

Q : ubat ibuprofen + paracetamol bagus ke utk demam... atau paracetamol sahaja dan cukup???

A :  memang paracetamol itu ubat demam, tidak berkesan mungkin tidak cukup dos, seorang yang berumur 16 tahun kena makan 2 biji 3 atau 4 kali sehari. Pharmaton hanyalah supplement

kedua-dua nya boleh digunakan untuk demam tapi paracetamol mempunyai anti demam yang lebih baik. Kalau nak guna ibuprofen kena berhati di khuatiri jika di berikan pada demam denggi akan menyebabkan pendarahan lebih teruk

Q50. Salam doc...shbt saya Pn. Shida ada sakit lutut yg agak kronik .sblm ni pernah dapat rwatan ( injek jel dlm lutut tp masih tak membantu ). Doc ada nasihat selain makan ubat(glucosamine sulfhate
500-3x sehari. Ada jg buat exercise ). Ada jg ambil habatus sauda+myk zaitun.Klu ambil kolagen blh membantu tak sakit lutut ni..?apa pandangan doc .... T kasih.

A : Boleh lah cuba tapi saya tak pasti keberkesanan nya. Beliau juga boleh cuba prp dan kalau sangat mengganggu boleh buat total knee replacement



Q : Betulkah penggunaan fluorida tidak bagus untuk kesihatan & kesejahteraan umat manusia sejagat?

A :  Setau saya golongan antifluoride yg sentiasa claim dr dulu fluoride bg byk keburukan spt kanser terhadap kesihatan tubuh badan. Mcm golongan antivaksin juga..Berjela2 panjangnya alasan tp belum terbukti secara ilmiah. Kalau dr segi kesihatan gg, fluoride sgt membantu proses remineralisation struktur gg. 

Cuma utk kanak2, penjaga kena tengok2kn supaya mereka tidak menelan ubat gg yg mengandungi fluoride sbb kalau ni jd amalan kanak2 tsbut, boleh menyebabkn dental fluorosis. water fluoridation pun bagus tp ada had ppm dia.

Mgkin sejarah kenapa fluoride digunakan boleh membantu..... Biasa golongan2 ni kebiasaannya lupa sejarah. Kalau mereka tahu sejarah...mereka tak akan persoal

Q : Dr... apakah fungsi ibuprofen... adakah sebagai agen antibiotik or painkiller kalau pcm sudah memadai untuk antidemam...

A : Ibuprofen ialah anti inflammatory dan ada anti pyretic sikit

Kita memang jarang guna ibuprofen untuk demam, kita hanya guna paracetamol

Saya tak pasti kombinasi paracetamol ibuprofen ni ada atau tidak, tak pernah jumpa lagi

No comments:

Post a Comment