Q : Doc.. nak tanya..
mengapa duduk lama di atas lantai .. mcm melipat kain.. nak bangun.. terasa
sakit dibahagian dlm perut.. sy penah operation anak ke 3 (twins) dan belakang
sejak usia 40an ++.. apakah nak manefous ke?
A : Tak pasti apa yang menyebabkan
sakit perut, mungkin ada nerve compression di tulang belakang yang pernah di
bedah
Q
: Assalam doc...Ibu2 hamil digalakkan
utk mengambil omega utk kebaikan janin. Betulkah pengambilan omega perlu
dihentikan pada bulan ke8 kehamilan kerana dipercayai omega mencairkan darah
dan dibimbangi risiko tumpah darah semasa bersalin nanti?
A : Pengambil omega memang di galakkan semasa mengandung dan
setakat ini tiada lagi kes pendarahan jika berterusan semasa mengandung.
Pendarahan hanya berlaku jika ianya diambil secara berlebihan
Walau macamana pun ikuti nasihat doktor yang merawat semasa
mengandung
Breakfast - most
important meal of the day.
Tidak bersarapan -
tinggi risiko gemuk & diabetes 😱
Hidangan - 1/2
pinggan sayur, 1/4 pinggan lauk dan 1/4 nasi beras perang
Brown
rice....berasnya warna coklat muda, masih ada selapis kulitnya yg nipis yg ada
serat, vitamin B & zat galian
Beras nasi dagang
bukan beras perang. Malah beras nasi dagang lbh dekat dgn beras pulut yg tinggi
carbohydrate
Q : Dr Azlinda,sya
jarang b.fast sbb kalo bfast awal pagi,saya akan mengalami sakit perut dan
loya.Dan seringkali alami muntah-muntah.dan biasa bfast sya pukul 11.knp jadik
mcmni doktor?
Q : Kebanyakan kita juga tak dapat keperluan protein yg
cukup. Mcm saya share dulu, kita perlu ambil 1g protein utk setiap kg berat
badan.
Contoh : berat 60kg
Keperluan protein sehari : 60g
Jadi, kalau bahagi 3, msknanya sarapan kena mkn 20g protein.
1 telur saiz A = 7g protein. Sda kekurangan 14g lagi
Q : Sejak kena radang
hati yg kronik.. sy ambik susu ensure.. sebab itu perut kenyang dan gastrik pun
tiada. Memang berat badan sy dr 65 turun ke 58 kg.
A : Waktu breakfast ialah antara jam 7-9pg. Selepas tu tak
dipanggil breakfast lagi.
Sakit perut & loya mungkin kerana makanan sarapan yg tak
sesuai atau perut & usus yg tak sihat
Q : penyakit apa yang
selalu menyebabkan kulit kaki sering mengulupas,dan apa langkah untuk mengatasi
kes ini?
A : Kulit kering & menggelupas mungkin kerana :
1. Kurang kelembapan
2. Reaksi kpd sabun/pencuci lantai yg 'harsh'utk kulit
3. Eczema
4. Jangkitan kulat
No. 3 & 4 biasanya gatal.
Bila kita tau sbbnya baru blh mengubatinya 😄
Q : Kalau tiap2 hari
kita breakfast dgn 2biji telur separuh masak, apakah risikonya?
Betulkah telur tidak
boleh dimakan tiap2 hari? Adakah berbeza effect makan telur ke atas kanak2
& org dewasa?
A : Telur adalah makanan yg berkhasiat, kaya dgn protein,
vitamin & zat galian utk kanak2 & dewasa.
Akan tetapi, setiap hari breakfast dgn 2 bj telur secara
berterusan mungkin kurang elok lebih2 lagi dgn cara ayam telur dibela skrg.
Mungkin bbrp kali seminggu, ok.
Q : Betulke dalam
iklan kat tv kata ubat ubatan tak kene GST?
A : ubat ada yang tidak dikenakan gst dan ada yang kena
Q : Itu ubat demam
ape dktr..xberkesan langsung dan klau demam knp dia bagi apeton psa ank
sya..umur dia 16 thn..
Sdangkan dia sakit
tekak n demam..
A : Memang paracetamol itu ubat
demam, tidak berkesan mungkin tidak cukup dos, seorang yang berumur 16 tahun
kena makan 2 biji 3 atau 4 kali sehari. Pharmaton hanyalah supplement
Q
: Nak tanya Dr...
Saya mkn byk pun tak
gemuk2, apa masalah ye..
A : Besar kemungkinan kadar
metabolisme asas tuan tinggi. Tapi jika ada tanda tangan asyik basah kerana
peluh, gigil, berdebar debar, rasa bahang, bola mata terkeluar buatlah
pemeriksaan, mungkin hormon tiroid tinggi
Sebenarnya kita boleh train perut kita untuk menerima
makanan, contohnya kalau kita jarang makan sayur perut kita rasa sakit bila
makan sayur dan kembung. Apa yang kita boleh lakukan ialah sikit sikit dahulu
dan tambah setelah beberapa hari dan seterusnya, begitu juga dengan sarapan
pagi, mula mula makan sikit dan kita tambah selepas beberapa hari dan
seterusnya
Q : Anak saya lelaki
5 thn, kalau demam jek bawa gi klinik, balik klinik jek... sihat, tak mkn ubat
pun.. Pelik, kenapa ye
A : Alhamdulillah, macam rindu
kat doktor je. Sebenarnya demam biasanya disebabkan oleh kuman virus dan akan
baik sendiri, tempohnya bergantung kepada sistem immunity individu. Ubat di
beri hanya untuk memberi sedikit keselesaan dan bukannya untuk menyembuhkan
dalam demam dan selsema
Q
: apakah punca2 kencing berdarah? Kawan saya minum sebiji
lemon+kulitnya+madu+minyak zaitun. Esoknya dia rasa sakit dan dapati kesan
darah dalam air kencing. Sekali itu sahaja
A : Punca punca kencing berdarah
Batu karang
Jangkitan pada salur kencing dan pundi
Kanser pada pundi
Radangan di buah pinggang
Dan lain lain lagi
Biasanya kalau sekali sahaja kita tidak buat apa apabila
ujian pada air kencing tiada darah secara mikroskopik
Q
: Kulit saya mengalami tompok merah, kemungkinan alahan atau gigitan
serangga, rawatan apa yg Bagus utk menghilangkan parut dan tanda 2 merah dan
kdg 2 gatal bila panas? Terima kasih Drs
A : Boleh cuba krim vitamin e, tapi biasanya warna hitam
pada parut akan hilang selepas 3 bulan
Q : Kenapa saraf
tubuh kita bergetar? Seperti menggigil? Apakah penyakitnya? Setakat ni saya
bertemu dua orang wanita yg alaminya. Saya rasa tidak selesa salam dgn nya.
Seolah dia tarik tenaga saya kpd nya
A : Mungkin warga emas
Orang yang ada essential tremor
Parkinson disease
Orang yang mempunyai kerosakan pada sistem kordinasinya
Q : Doktor, bolehkah
kita cecah dari terjadinya kerosakan pada sistem koordinasi tu?
A : Sistem kordinasi rosak di
sebabkan stroke, ketumbuhan, syphilis dan lain lain lagi, jadi kena elakkan
dari mendapatkan lebih keadaan ini, tapi ketumbuhan sesuatu yang kita tak boleh
kawal
Elakkan dari mendapat penyakit ini, tapi ketumbuhan sesuatu
yang kita tak boleh nak kawal
Q
: Ruam sering timbul di kulit saya terutama di kawasan kulit yg ditutup
oleh pakaian dalam. Saya kerap bertemu doc utk selesaikannya Biasanya doc akan
priskrip krim. Bila dah selalu berulang saya beli krim di farmasi saja.
Stakat
ini krim yg cepat berkesan bila guna ialah candidB.( jika tak Silap tulisan
nya). Ada kesan sampingan tak jika saya guna ia dlm tempoh yg panjang untuk
mencegah ruam yg timbul pd kulit?
A : Candid b merupakan kombinasi
dua jenis ubat, steroid dan antifungal. Jika di gunakan dengan sapuan yang
nipis insyaa Allah kesan sampingan adalah minimal. Selain itu boleh juga
amalkan lebih kerap mandi dan menukar pakaian dalam
Q : Doktor Adakah
ruam ini terjadi disebabkan kekurangan vitamin tertentu? Selalunya saya mandi 2
kali saja sehari. Ruam akan timbul bila kulit berpeluh dalam sebulan mesti ada
seminggu tu ruam menyerang
A : Setakat yang tahu bukan di
sebabkan kekurangan vitamin tertentu, ini mungkin disebabkan oleh kelembapan
badan kita atau material pakaian dalam dalam. Eloklah kalau kita pastikan
pakaian dalam dari kain kapas dan mandi 3 kali sehari
Apabila kulit kita lembap senang kulat untuk tumbuh yang
menyebabkan ruam dan gatal
Q : Boleh krim
vitamin e hilangkan gatal2,? Sbb bila ke klinik doktor berikan krim steroid
A : Krim vitamin e untuk hilangkan parut
Steroid kena sedikit sahaja, jangan sapu sampai nampak putih
tompok tompok tapi sedikit sahaja dan sapu sehingga hilang warna putih, jangan
tenyeh
Q : Tangan anak saya
selalu berpeluh yang banyak.. Umur anak 14 tahun..
1) apa yg menyebabkan
tangannya berpeluh dgn banyak
2) bagaimana cara
mengubatinya.
A : jika berpeluh dengan banyak
sehingga mengotorkan buku ini kita panggil polyhidrosis
Cara mengubatnya kena jumpa pakar kerana kadang kadang
melibatkan pembedahan mikro memotong saraf yang merangsang kelenjar peluh. Jika
tidak begitu teruk saya rasa boleh gunakan krim.
Tapi berjumpa lah dulu dengan doktor untuk kepastian
You'll Never See Statins or Cholesterol the Same After
This!: https://youtu.be/ZC20MZkkyRQ
Q : Apa pendapat doktor tentang
perubatan homeopathy?
A : Maaf saya tak boleh nak bagi
komen
Tiada ilmu tentang homeopathy
Q : Apa pendapat doktor mengenai
diet atkins? adakah ia baik atau tidak?
A : Atkins diet mengandungi protein & lemak yg tinggi
& sgt rendah karbohidrat.
Mungkin kena adjust skt makanan harian :
1. Sayur2an 4-6 cawan
2. Protein yg cukup (sebhgnya dari tumbuhan) - 1/4 pinggan
3. Lemak yg bagus - Omega 3, 9
4. Karbohidrat kompleks dari wholemeal bijirin, kekacang dan
beras perang - 1/4 pinggan
5. Air kosong yg bersih 2 L + 1L dari buah2an, sayur2an
& lauk (sup)
Q : Apakah normal bg seorang lelaki apabila habis kencing akan
keluar cecair putih kepekatan??
A : cecair pekat yang keluar selepas kencing itu ialah cairan dari prostate dan normal terutama bagi mereka yang melakukan aktiviti fizikal yang berat
Q : ingin bertanya
satu soalan tetapi tidak pasti ia boleh ditanya disini atau tidak. Di pasaran
kini, bermacam-macam jenis perhiasan diri, yang saya nak sentuh deodorant
spray, kebanyakkannya diguna secara terus pada badan. Soalan saya, adakah ia
boleh memberi kesan jangka panjang pada kesihatan dalaman?
A : Maaf saya tiada pengetahuan tentang perkara tersebut, akan cuba cari fakta mengenainya
Q : ubat ibuprofen +
paracetamol bagus ke utk demam... atau paracetamol sahaja dan cukup???
A : memang paracetamol itu ubat demam, tidak berkesan mungkin tidak cukup dos, seorang yang berumur 16 tahun kena makan 2 biji 3 atau 4 kali sehari. Pharmaton hanyalah supplement
kedua-dua nya boleh digunakan untuk demam tapi paracetamol mempunyai anti demam yang lebih baik. Kalau nak guna ibuprofen kena berhati di khuatiri jika di berikan pada demam denggi akan menyebabkan pendarahan lebih teruk
Q50. Salam doc...shbt saya Pn. Shida ada sakit lutut yg agak
kronik .sblm ni pernah dapat rwatan ( injek jel dlm lutut tp masih tak membantu
). Doc ada nasihat selain makan ubat(glucosamine sulfhate
500-3x sehari. Ada jg buat exercise ). Ada jg ambil habatus
sauda+myk zaitun.Klu ambil kolagen blh membantu tak sakit lutut ni..?apa
pandangan doc .... T kasih.
A : Boleh lah cuba tapi saya tak pasti keberkesanan nya. Beliau juga boleh cuba prp dan kalau sangat mengganggu boleh buat total knee replacement
Q : Betulkah penggunaan fluorida tidak bagus untuk kesihatan
& kesejahteraan umat manusia sejagat?
A : Setau saya golongan antifluoride yg sentiasa claim dr dulu fluoride bg byk keburukan spt kanser terhadap kesihatan tubuh badan. Mcm golongan antivaksin juga..Berjela2 panjangnya alasan tp belum terbukti secara ilmiah. Kalau dr segi kesihatan gg, fluoride sgt membantu proses remineralisation struktur gg.
Cuma utk kanak2, penjaga kena tengok2kn supaya mereka tidak menelan ubat gg yg mengandungi fluoride sbb kalau ni jd amalan kanak2 tsbut, boleh menyebabkn dental fluorosis. water fluoridation pun bagus tp ada had ppm dia.
Mgkin sejarah kenapa fluoride digunakan boleh membantu..... Biasa golongan2 ni kebiasaannya lupa sejarah. Kalau mereka tahu sejarah...mereka tak akan persoal
Q : Dr... apakah fungsi ibuprofen... adakah sebagai agen antibiotik or painkiller kalau pcm sudah memadai untuk antidemam...
A : Ibuprofen ialah anti inflammatory dan ada anti pyretic sikit
Kita memang jarang guna ibuprofen untuk demam, kita hanya guna paracetamol
Saya tak pasti kombinasi paracetamol ibuprofen ni ada atau tidak, tak pernah jumpa lagi