Monday, May 11, 2015

Fiqh Wanita

Bismillah.. S & J 1 24/4

s 1⃣2⃣ bolehkah isteri bersedekah tanpa pengetahuan suaminya..menggunakan harta suaminya...atau kena memberitahu suaminya baru boleh bersedekah?
J12: ambil harta suami dan sedekah tanpa izin suami ia berkaitan dgn soalan no 12, iaitu Nabi izinkan Hindun ambil duit abu sufyan hanya utk keperluan family sahaja. Maka dr situ kita faham, tidak boleh ambil utk keperluan yg lain spt sedekah dsbnya. Nota: soalan2 begini menunjukkan hubungan suami-isteri amat penting, kena ada kasihsayang dan saling percaya mempercayai. Kalaulah suami kedekut sampai anak bini tak cukup makan, ini mas belum mencapai maksud perkahwinan yg sebenarnya. dalil: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan tentram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang." (Q.S.Ar Ruum:21)

S 1⃣3⃣ Adakah sah jika berwuduk dalam keadaan bogel?
J13; berwuduk dlm keadaan bogel tak ada larangan asalkan ia dalam rumah kita sendiri, bilik air yg tertutup rapi. keperluan menutup aurat hanyalah bila nak solat sahaja, sebelum solat takder larangan.

S 1⃣4⃣ Bolehkah si isteri menolak pelawaan suami nya untuk bersama kerana penat..dan juga apa hukumnya bersetubuh setiap hari tak kira siang atau malam adakah akan melemahkan tubuh badan seseorng?
J14 hubungan seksual 1. hukum isteri menolak pelawaan suami ketika dia letih terdapat hadith dalam hal ini: Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, إِذَا دَعَا الرَّجُلُ اِمْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا اَلْمَلآئِكَةُ حَتىَّ تُصْبِحَ “Apabila suami mengajak istrinya ke tempat tidurnya lalu istri enggan sehingga suami marah pada malam harinya, malaikat melaknat sang istri sampai waktu subuh.” Bukhari-Muslim Maka isteri kena lihat mood suami, jika suami dalam keadaan marah, maka sedaya upaya kena usahakan juga J14.2 kekerapan jimak hal ini tidak diperincikan oleh syarak atau sunnah, terpulang kpd kemampuan dan keperluan pasangan tsb. Ideal menurut kajian seksualiti ialah 1-4X seminggu. Kaum lelaki frekuensinya seimbang, manakala frekuensi wanita tidak bergantung kpd hormon dan kitaran haidh, biasanya selepas keringnya haid, wanita lebih kuat frequensinya. minta pandangan doktor kat sini.

S 1⃣5⃣ Apakah hukum berbekam bagi perempuan? Saya ada dengar dalam kuliah agama, hukumnya makruh bagi perempuan. Bagaimana jika situasinya perempuan itu tidak period sepanjang dia memakai implanon (alat pencegah kehamilan)
J15.1 Hukum wanita berbekam dalil: - إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ (Sesungguhnya pengobatan paling ideal yang kalian gunakan adalah bekam.) - Hadits Muttafaq ‘alaih: Bukhari dan Muslim. Ini tak bedzakan bekam lelaki dan wanita. kemungkinan yg dikatakan haram itu ialah dukun lelaki berbekam kpd wanita atau sebaliknya. kalau gitu betuller, sebab bekam ni perlu kpd menanggalkan pakaian bagi wanita I15.2 perempuan tidak datang haid bila memakai implanon Ini menunjukkan ada perubahan hormon kerana implanon tsb tidak sesuai dengannya. kena rujuk balik kpd doktor.

S 1⃣7⃣ Nk tny thtl psl hukum berwudhuk bagi wanita..uai ada kata rambut yg berada depan dari telinga adalah bahagian wajah dan wajib disekatakan air..kalau ikat rambut wudhuk x sah..benarkah? Mohon pencerahan..jazakallah..
J17. hukum berwuduk bg wanita akan status rambut di hadapan telinga. والوجه ما بين منابت شعر الرأس إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً “Wajah adalah wilayah antara tumbuhnya rambut kepala sampai ke dagu, ujung dua rahang. Batas membentang antara telinga sampai telinga satunya.” (Al-Muhadzdzab, hlm. 36) Maka kalau nak basuh muka, itulah sempadannya, dari telinga ke telinga

S 1⃣8⃣ Adakah rukhsah untuk ibu menyusu untuk jamak solat kerana anak tidak mahu berhenti menyusu pada waktu tempoh solat pendek iaitu magrib ke isyak..terima kasih sheikh..
J18.  jamak maghrib-isyak kerana nak menyusu baby. Tidak dibolehkan kerana masyaqqah atau kesulitannya tidak kuat di sisi syarak. katakan maghrib 7:15 dan Isyak 8:30...tidak mungkin baby menyusu begitu lama.

Friday, May 8, 2015

Fiqh wanita

Bismillah....

Jom belajar. Nota lain boleh boleh refer notatelegram.blogspot.com, thanx ����

S1:��Sekumpulan nelayan vietnam memasuki sempadan malaysia untuk menangkap ikan dan ditangkap pihak maritim.. Semua tangkapan itu dirampas dan di bahagi2kan kepada pihak jabatan dan juga media yg dtg untuk membuat liputan.. Apakah blh ikan itu dimakan oleh mereka?

J1: ��Halal dengan syarat itu menurut tatacara barang rampasan oleh jabatan tsb. maksudnya ikut lunas-lunas peraturan berhubung barang rampasan.

S2: ��Adakah ia sama hukumnya dgn ghanimah? Harap siapa yg tahu tolong kongsikan jawapan.

J2: �� Ia sama dgn ghanimah, harta rampasan perang terhadap lanun.

S3: ��saya ingin bertanya tentang pembedahan batin iaitu tanpa menggunakan pisau atau gunting.apakah hukumnya? ada yg mengatakan ianya menggunakn jin.wallahualam.

J3: ��pembedahan batin adalah dr setan. tidak ada magik dalam perubatan.

S4: ��Saya ada kemuskilan, Jika keluar darah dan lendir(tanda2 utk bersalin)adakah masih diwajibkan solat ke atasnya? Boleh shbt2 bantu saya utk pencerahan..

J4: ��darah dna lendir tanda bersalin, Khilaf, mazhab syafi'iy, dihukumkan darah istihadzah, kena suci dan solat jika mampu, jika tak mampu di qadha bila habis nifa mazhab hanbali, darah nifas mazhab maliki, darah haidh.

(Soalan dan Jawapan dari grup Telegram)