Saturday, April 25, 2015

Nasi Arab Baksah

Created by Photo Grid. Android https://play.google.com/store/apps/details?id=com.roidapp.photogrid iPhone https://itunes.apple.com/us/app/photo-grid-collage-maker/id543577420?mt=8

Monday, April 20, 2015

Doa Di Pagi Hari

Bismillah.

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

“Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak”

[Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu]

(HR. Tirmidzi no. 3563, hasan menurut At Tirmidzi, begitu pula hasan kata Syaikh Al Albani)

Sunday, April 19, 2015

Aurat perempuan (wanita)

Bismillah.

Soalan dari Bilik (01) Fiqh AsSunnah.

S1. Berkaitan aurat kaki wanita, mana pendapat yang paling kuat?

S2. Aurat kecuali muka...adakah muka termasuk bawah dagu.?

J1. kaki, aurat menurut jumhur kecuali hanafi. pendapat paling kuat, kaki tidak aurat utk perempuan yg bertani, ini kerana di negara spt India, pakistan, thailand, kelantan, wanita yg bekerja di ladang dan berniaga, maka jika kaki aurat, maka akan menyulitkan mereka, jika wanita itu wanita bangsawan, tidak kerja, maka kaki adalah aurat kerana mereka jarang2 muncul di public.

J2. bawah dagu tidak aurat kerana ia menyulitkan wanita, kerana di situlah tudung dapat bertahan, kalau sebelum dagu, macam mana tudung tu nak lekat kat situ, dagu itulah penahan kain tudung. berbeda dgn mazhab lain, muka itu aurat; atau Iran syiah, mereka memakai cador yg menutup mulut dan dagu bila ada lelaki ajnabi.

Ustaz THTL.

Saturday, April 11, 2015

Amalan Menjemput Rezeki

Bismillah.

Dari Fanpage FB Mudahnya Menjemput Rezeki.

" Alhamdulillah, Syukur yang teramat sangat kepada ALLAH, kerana atas RahmatNYA, DIA telah memilih saya untuk dapat bercakap dengan ustaz , dan memberi kekuatan kepada saya untuk berkongsi dengan yang lain. Diatas kertas, amalan ni nampak seperti mudah, tetapi berdoalah kepada ALLAH supaya kita dapat mengamalkannya bermula dari sekarang sehingga ke akhir hayat.

Baik, saya diberitahu, terdapat 2 jenis usaha yang perlu dilakukan, pertamanya usaha rohani dan keduanya adalah usaha strategi. 1) Rohani . 99 nama Allah yang Maha Agung, yang terucap oleh kata kata keAgunganNYA , maka dipilih YA MUGHNI yang memberi maksud dalam bahasa kita iaitu YANG MAHA MENGKAYAKAN DAN MEMAKMURKAN, amalkanlah dizikirkan sebanyak 1000x sehari setiap hari,samada sekaligus atau berperingkat sehingga cukup 1000x sehari.

Bacalah bersama diikuti maknanya . Tujuannya adalah memasukkan dalam hati kita , mengetuk hati kita supaya sentiasa mengingati ALLAH, dan menghadirkan serta meletakkan yakin bahawa ALLAH lah yang memberi kekayaan , bukan gaji, bukan perniagaan, bukan harta warisan bukan kudrat kita , bukan org itu, bukan orang ini, bukan makhluk , tetapi ALLAH yang memberi kekayaan.

2) Strategi . Iaitu fizikal.

Caranya, diambil 3 keping envelop yang agak keras dan baik. Ditulis padanya setiap satu, utk envelop (a) Sedekah, envelop (b) keperluan hidup dan envelop (c) Bisnes atau Simpanan .

Bila masa dapat je duit, bahagikan kepada 3 dan masukkan kedalam envelop tersebut. Buatlah se kreatif yang mungkin. Usahakanlah, ada kan lah, mula kan lah.

Andai tak tahu jugak camana nak buat, mohonlah dengan ALLAH agar diberi kan jalan, bagaimana nak buat, bagaimana nak mula, InsyaAllah .

Doakan saya dapat beramal dan Istiqamah mengamalkannya, bermula dari sekarang hinggalah ke akhir hayat."

In syaa Allah.