Saturday, April 11, 2015

Amalan Menjemput Rezeki

Bismillah.

Dari Fanpage FB Mudahnya Menjemput Rezeki.

" Alhamdulillah, Syukur yang teramat sangat kepada ALLAH, kerana atas RahmatNYA, DIA telah memilih saya untuk dapat bercakap dengan ustaz , dan memberi kekuatan kepada saya untuk berkongsi dengan yang lain. Diatas kertas, amalan ni nampak seperti mudah, tetapi berdoalah kepada ALLAH supaya kita dapat mengamalkannya bermula dari sekarang sehingga ke akhir hayat.

Baik, saya diberitahu, terdapat 2 jenis usaha yang perlu dilakukan, pertamanya usaha rohani dan keduanya adalah usaha strategi. 1) Rohani . 99 nama Allah yang Maha Agung, yang terucap oleh kata kata keAgunganNYA , maka dipilih YA MUGHNI yang memberi maksud dalam bahasa kita iaitu YANG MAHA MENGKAYAKAN DAN MEMAKMURKAN, amalkanlah dizikirkan sebanyak 1000x sehari setiap hari,samada sekaligus atau berperingkat sehingga cukup 1000x sehari.

Bacalah bersama diikuti maknanya . Tujuannya adalah memasukkan dalam hati kita , mengetuk hati kita supaya sentiasa mengingati ALLAH, dan menghadirkan serta meletakkan yakin bahawa ALLAH lah yang memberi kekayaan , bukan gaji, bukan perniagaan, bukan harta warisan bukan kudrat kita , bukan org itu, bukan orang ini, bukan makhluk , tetapi ALLAH yang memberi kekayaan.

2) Strategi . Iaitu fizikal.

Caranya, diambil 3 keping envelop yang agak keras dan baik. Ditulis padanya setiap satu, utk envelop (a) Sedekah, envelop (b) keperluan hidup dan envelop (c) Bisnes atau Simpanan .

Bila masa dapat je duit, bahagikan kepada 3 dan masukkan kedalam envelop tersebut. Buatlah se kreatif yang mungkin. Usahakanlah, ada kan lah, mula kan lah.

Andai tak tahu jugak camana nak buat, mohonlah dengan ALLAH agar diberi kan jalan, bagaimana nak buat, bagaimana nak mula, InsyaAllah .

Doakan saya dapat beramal dan Istiqamah mengamalkannya, bermula dari sekarang hinggalah ke akhir hayat."

In syaa Allah.

No comments:

Post a Comment