Saturday, March 28, 2015

Q dan A Bilik 50 - 21 Mac 2015

Soalan Dan Jawapan Terkumpul 21 Mac 2015



Q : 1. Apakah punca tersedu?

A : Sedu disebabkan oleh irritation pada diaphragm yang menyebabkannya contract. Irritation ini disebabkan makan terlalu banyak, perut banyak terisi dengan udara atau creatinine terlalu tinggi dalam kes kegagalan kidney. 

Untuk menghilangkan nya boleh cuba minum air sedikit, cuba sendawa. Kalau tidak juga hilang bolehlah jumpa doktor untuk dapatkan ubat, iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk kes psikiatri

2. Bagaimana nak hilangkan sedu?

Itu sebabnya ibu ibu di galakkan untuk menepuk belakang bayi sehingga sendawa selepas di beri minum

3. Adakah sama punca dan kaedah nak hilangkan sedu bg kanak2 & dewasa?

A : Sama bagi kanak kanak dan orang dewasa.

4. Baby pun sama ke? Kadang-kadang baby tersedu. Sbb angin ke?

A : Iye, biasanya kalau semasa memberi bayi minum dan caranya kurang betul bayi akan telan banyak udara

Q : 1-apakah tidak lawas buang air besar disebabkan sesuatu komplikasi?

2-apakah langkah terbaik utk mengelakkan masalah tidak lawas buang air besar?
*kebiasaan kita akan buang air besar sekali sehari ttp utk kes ini tidak membuang air besar berlarutan sehingga 4-5 hari...apa nasihat doc

A : Biasanya tidak lawas semasa membuang air besar di sebabkan kita kurang mengambil makanan yang berserat dan kurang minum air. Tapi bagi mereka dari warga emas sila berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan jika ada masalah ini kerana penyebab utama nya ialah ketumbuhan dalam usus.

Untuk mengelakkan dari berlaku ialah dengan memakan makanan yang tinggi serat dan minum banyak air.


Q : Berapakah kekerapan membuang air besar yg normal utk sehari? Kalau 3 hingga 4 kali sehari normal tak? Buang air besar yg bukan cirit.
A : Kekerapan ke tandas bergantung pada individu, jika tidak cair dan perut tidak memulas dengan teruk adalah normal

Q : Kenapa terjadinya kencing tidak puas Dr? Apakah ia tanda kepada masalah pundi kencing? Dr seiji kerap kencing. Kejap 2 nak kencing. Tp sikit sgt airnya. Rasa nak terkencing mcm byk je

A : Penyebab kencing tidak puas bergantung pada umur dan jantina.
Boleh tak bagi riwayat yang lebih spesifik (Sorry dr..Umur 30/ lelaki)

A : Biasanya kalau masih muda dan lelaki mungkin di sebabkan oleh selalu menahan kencing dan menjadikan tone pundi kencing kurang kuat. Mungkin juga di sebabkan batu karang dan kurang minum air.

Adalah di nasihatkan untuk minum banyak air dan pastikan air kencing sentiasa jernih macam air paip, jika air kencing seperti air teh itu bererti kita kurang minum. Insyaa Allah kalau kita sentiasa banyak minum keadaan ini menjadi lega


Saya masih ingat lagi dulu saya selalu selsema selepas mandi. Kalau mandi pagi je...mesti selsema. Ketika tu saya amalkan bila wuduk, saya seladar memasukkan jari ke dalam lubang hidung. Namun...bila saya memperbetulkan teknik wuduk dgn betul....dgn menyedutkan air dlm hidung kmdn keluarkan ....sejak tu saya tak permah selsema di waktu pagi atau selepas mandi

Q : Berkenaan sendawakan baby slps minum tadi, asakah termasuk selepas menyusu badan?

A : Iye memang sepatutnya begitu

Q : Adakah menyusukan anak secara berbaring mengiring tidak bagus utk baby sbb baby selalu tersedak apabila ibu menyusukan baby sambil duduk.

A : Pada saya tiada masalah hanya kena berhati hati sebab ada kes di mana ibu tertidur dan anak lemas tertindih susu.

Q : Adakah apabila bayi tersedak semasa menyusu badan boleh menyebabkan air susu masuk ke dalam paru2?

A : Proses tersedak itu merupakan sistem pertahanan untuk menghalang air susu dari memasuki paru paru

Q : Umur 40 an pempuan. Anak 6. Mengalami Masalah kerap kencing. Kdg2 sgt sedikit air kencing. Saya suka kopi.

A :  tanda seperti ada jangkitan kuman pada pundi kencing. Cuba minum air lebih dan pastikan air kencing jernih sentiasa dan jika tidak berkurang kena ke klinik untuk buat ujian air kencing. Kita minum banyak untuk flush kuman kuman di pundi kencing
kerap kencing camane tu
Adakah kalau gelak sikit, berdehem sikit terkeluar kenxing
Atau adakah bila terasa nak kencing...terus rasa urgent nak ke tandas tak boleh nak tahan walaupun kencing sedikit kah


Atau ada kuat amik kaffein tak?
Kak sha nanana ya hanana
Kopi ada caffeine yg menyebabkan selalu kerap nak kencing tp jumlah banyaklah
Kalau mmg puncanya dari caffeine try stop...kekerapan kencing akan berkurang
Kekadang kerap nak kencing biasa dikatikan jangkitan kencing. Wanita senang dpt pasal saluran kencing dia pendek. Kalau nak confirm boleh buat ujian kencing...tgk samaada ada jangkitan tak

Sebab lain...barangkali boleh berpunca akibat saluran peranakan berubah...maklumlah 6 anak dah lahir...kadang2 saluran peranakan turun ke bawah menyebabkan menekan pada punci kencing. Kononnya tukang urut ni boleh betulkan saluran peranakan. Bab ni saya tak nak komenlah samaada berkesan ke tak...pasal saya tak de pengelaman mahupun kertas saintigik yg menyebut begitu. Kalau puan nak cuba merasa....boleh juga.

Tp saya cadangkan buat ujian kencing dulu pasal jangkitan kencing ni sgt sgt sgt common di kalangan wanita...lebih2 lagi bila wanita sedang berhoney moon




Q : Salam Doc, emak sy umur 57.. Pngidap kencing manis dan darah tggi.. Akhir2 ni dia sdkit susah untk mmbuang air besar.. Kekdg 2 hari bru skali.. Kentut juga susah.. Adkh pnyakit kncg mnis dan drh tggi td mmpngaruhi? Beliau juga ada angin brlbihan dlm bdn..

Hakim aziz....dah berapa lama dpt lencing manis dan berapa lama masalah buang air besar ni?

Dr seiji kencing manis bru 4 ke 5 tahun cmtulah.. Drh tinggi shja yg lama, 16 tahun.. Susah buang air besar bru 2 minggu lebih..

A : Kencing manis mmg boleh menyebabkan kerosakan saraf lantas usus pun sukar cerna..itupun tak common dan sukar dipastikan diagnosisnya. Biasanya advanced diabetes baru dpt

Berkemungkinan juga makanan ibu mungkin kurang serat sebab org tua ni sembelit ni adalah menjadi kebiasaan

Malah kadang2 disebabkan ubat, ubat pun boleh sebabkan sembelit.

Malah paling extreme ialah kanser usus tp biasanya dia ada sejarah sekejap sembelit, swkejap cirit birit...dan tanda2 lewat berak berdarah, kurang selera makan dan kurang berat mendadak.

Org yg pernah buat operatiin di abdomen mmg ada potensi ususnya melekat antara satu sama lain dan lalu usus tersumbat

Saya tak boleh nak buat kata putus kerana komen saya sebagai org ketiga dan tidak berjumpa direct dan pemeriksaan. Pemeriksaan mungkin boleh membantu beri lebih tambahan clue

Nasihat saya kalau risau...jumpa doktor atau pantau dulu kalau masalah berlarutan 1 bulan baru jumpa doktor
Namun ada tanda2 warning yg memerlukan segera jumpa doktor....

Berak berdarah..
Kuramg berat badan mendadak dan kurang selera makan
Tak buang air langsung beberapa hari dan perut kembung dan keras
Sakit perut yg keterlaluan

Q : Salam Docs, ada fakta x mengatakan kalau berurut ni boleh membuang angin/gas dlm badan. Benarkah angin atau gas ni lah yg membuatkan sakit urat, otot sengal dan sakit sendi serta sakit kepala?

A : So far takde pula kajian dibuat begitu. Apa yg saya pasti secara personal experience...org yg selalu cramp kaki...urut bantu kurangkan cramp

Dalam perubatan moden sebenarnya tidak ada istilah angin. Kalau selalu cramp cuba makan lebih kalsium, insyaa Allah membantu. Biasanya sakit sakit badan ni disebabkan muscle strain

Mungkin ikut org melayu ni...bila tangan diurut atas permukaan kulit , ada suatu spot tiba2 tak sekata..mcm ada membonjol sikit, jadi dia org buat kesimpulan itu adalah angin

Otot yang rosak biasanya boleh rasa melalui urutan...ia akan terasa seperti dawai menjadi kendur, dan tak lurus



Perubatan pun ada pakai konsep mcm hadis.
Ada fakta tu mmg disahkan efektif oleh kebanyakan doktor
Ada fakta ni..sesetengahdoktor sahkan effektif sesetenfah doktor tak bersetuju
Ada fakta ni....sekadar effektif berdasarkan pengalaman peribadi tp tak dapat disahkan oleh dr kebanyakan

Jadi ada amalan sahih, hassan, dhaif dan palsu 😄😄😄

Q : Assalamualaikum semua. Dr.Seiji yg tu kah di sebut knots? Adakah ini berkaitan dgn blood circulation?

A : M ahmad....lebih kurang mcm knots juga lah. Kalau ikutkan otot ni mcm gentian fibre...banyak dawai berkumpul...tp sesetengah dawai tu seperti ala2 membentuk knots. Tu yg kadang2 tukang urut betulkan tu. Rasa takde kaitan dengan saluran darah...cuma kadang2 bila kita banyak bekerja, tu yg otot mungkin mengalami sedikit kesimpulan

Q : Jadi, apa yg keluar sewaktu tukang urut dan org yg diurut tu doc? Seolah2 bunyi mcm sendawa. Sy pon kalau diurut turut sendawa dgn banyak dan berulang kali. Pastu tukang uruut pon komenla ni banyak makan biji nangka la, sayur labu la.. kononnya sayur2 sebegitu 'berangin'. Sy pun pelik dan mengiakan saja. 😁😁

Memang lega..ringan je. Klu sy sakit kepala, diurut mestibtukang urut sendawa dan kata angin blok urat darah. Kepala sakit sebab oksigen kurang naik ke kepala. Ntahlaa..

A : Saraf ada yang melalui pathway yang sama, apabila kita merangsang satu receptor deria ini juga akan menyebabkan rangsangan deria di bahagian badan yang lain. Contohnya orang yang ada ulcer perut akan terasa sakitnya di perut dan menjalar ke belakang dan seolah olah terasa sakit di antara tulang belikat

Q : Nak tanya sikit doctor. Org penyakit kanser servik ni kalau kami bawa buah tngan strawberry boleh ke?

A : insyaa Allah boleh

Q :Dr. Apakah kemungkinan wanita yg mana haidnya x teratur berpotensi terkena sebarang kanser?

A : jika haid tidak teratur kena buat pemeriksaan dan pastikan sebabnya, itu yang penting. Potential untuk mendapat kanser tak kira siapa

Q : Dr. Anak saya 5 bulan lelaki selalu sembelit..nak tanya apa punya dan penyelesaian ?

A : jika anak disusukan dengan susu formula cuba tukar jenis dan kalau disusukan ibu biasanya tidak akan berlaku kerana susu ibu mengandungi laxative

Q : Dr. Anak saya dr kecil hinggalah 2 thn skang nie lelaki selalu sembelit.. Setiap kali buang air bsr pasti berdarah.. Walaupun najis nye lembut tp still yg 1st keluar tue darah.. Perlukah sy refer pd pakar or ader cr nak atasinye ?

A : iye saya rasa memang perlu untuk dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan untuk menentukan kenapa berdarah bila buang air



Q : Dr, setiap pagi bila bangun tido, masuk je bilik air, sy akan bersin yg bersangatan, apakah itu .

1. Apakah itu tanda sy ada resdung
2. Apa puncanya
3. Mcm mana cara rawatannya
Tqvm

A : mungkin tuan ada vasomotor rhinitis, puncanya ini merupakan penyakit alahan, mungkin tuan boleh mandi air panas untuk mengurangkannya

Q : Slkm..
Ape ubat utk sakit tekak..
Tekak anak sya merah..xleh mkan..badan nye lemah dn panas..pgi klinik dktr bagi ubat demam n parmaton n suruh mnum air bnyak je..

Q : saya juga alami sakit tekak, yang mana tekak saya ada bulat putih ...rasa perit....kawan2 suruh makan ais krim vanilla..tapi x hilang2 juge..ubat doktor pon lambat baik.
bagaimana cara untuk hilangkannya. syukran

A : sakit tekak biasanya di sebabkan pharyngitis dan agent penyebab biasanya virus dan self limiting. Makan ais krim bukan untuk baik tapi ianya merupakan makanan yang tidak menyakitkan ketika itu kerana kesan sejuk menjadi agen pelali.


Q : Assalamualaikum, panel doktor yg budiman dan ilmuan, saya terjumpa ubat Serratio peptidase (10,000 serratio peptidase) bentuk bulat, peach, AM 005,: adakah ubat utk vertigo atau migraine), mohon pencerahan, tkasih, Drs

A : serratio peptidase ialah ubat bengkak dan bukan untuk migrain atau vertigo
Kalau sakit tekak insyaa Allah boleh makan ubat tu, makan 1 biji 3 kali sehari


Q : As salam, nak tanya, saya dah biasa jaga Kem@malam, so saya susah nak tidur adakah itu penyakit, bagaimana nak atasinya...


A : jam biologi tuan sudah berubah, kena berlatih semula untuk tidur waktu malam dan jangan tidur siang
Masalah tidur.....
Dulu saya alami masalah sama....first kena google sleep hygiene. Sleep hygiene ni kira2 adab2 utk tidur.
First kalau nak tidur seperti dulu.....fixkan masa. Kalau tidur pukul 10.... Tetapkan masa pukul 10 utk tidur...kena amalkan disiplin ni.

Bilik mesti gelap....kadang2 kita tak dpt tidur pasal ada urusan tak settle.bab ni kena tawakal. Tak boleh bawa benda risau dlm bilik tidur. Jadikan katil temoat tidur...jgn buat tempat kerja. Jadi khaskan untuk tidur. Kmdn jauhkan caffein ....kalau minum caffeine mmg jadi zombielah malam.

Cadangan ......kalau ada haribcuti........cuba jgn tidur sehari....mlm tu pukul 10 start tidur. Esoknya kul 10 pun tidur dan hari berikutnya
Kalau tak boleh tidur juga....mmg kena kawin ni
Tp kalau biasa oncall....saya mmg cuba tak tidur. Kalau tidur tu....mmg malam tak boleh tidur

Actually screen handset dan komputer pun boleh menjejaskan body cycle kita juga.....
Boleh check google camane kompiter affect kita punya body clock
Betullah....bila dah kawin...banyak aktivit yg memenatkan..ok tak mau komen lebih


Q : salam, kalau org buang air besar selalu pagi-pagi normal ke? Then, dalam pagi tu ada 2 3 kali. Macam mana tu ya?


A :  insyaa Allah normal, dan kadang kadang lepas sarapan akan terasa untuk ke tandas lagi, itu pun normal dan di namakan gastrocolic reflex


Q : maaf off topic tapi soalan terpaksa dibawa ke sini kerana memerlukan pandangan dan experience sharing para doktor budiman. Alhamdulillah anak perempuan saya (16 tahun) seorang pelajar cemerlang akademik dan berjaya menghafaz 30juzuk al quran dalam masa kurang 2tahun di sekolah menengah. 

Kekurangannya ialah kurang cenderung untuk melakukan kerja rumah bila pulang bercuti (tetapi patuh bila diminta), sebaliknya gemar qadha tidur (jadual d asrama amat pack kerana sekolah 3 aliran: sains, agama dan hafazan). 


Adakah patut saya menggalakkan anak utuk mngambil medic kerana saya bimbang beliau tidak dapat membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya apabila tiba masa berumahtangga nanti. Dari pemerhatian, kerjaya seorang doktor memerlukan komitmen yang tinggi dan jadual yang amat padat.


A : Doktor zaman sekarang banyak masalah dan konflik dan tidak menjanjikan masa depan yg baik. Kat malaysia ni ada para graduan masih menunggu jawatan utk doktor selama 9 bulan. Itu belum amik kira kos belajar perubatan samaada peringkat ijazah atau peringkat mastership. Malah utk dpt pakar sekarang pun berebut doktor. Bagi mereka yg belajar secara private... Ada yg terpaksa berhentibkerja doktor dan kerja private utk bayar hutang.

Maaf kalau komen saya agak pedas...tp hakikatnya ibu bapa sekarang perlu memandang dunia lebih luas. Malaysia ni banyak kekurangan expertise...banyak bidang masih belum dilopori. Kita tidak membuat benda....malah kita banyak bergantunf pd sumber luar. Sebagai contoh...nak dpt plat besi utk tulang patah terpaksa beli dari megara luar..dan negara luar pula membuli kita dgn harga mahal. Malaysia ni banyak pilih kerja dari segi perkhidmatana, tp dari segi membuat sesuatu, atau penciptaan kita jauh ketinggalan. Kita ni more to consumer rather inventing thing. Bila kita tak invent benda baru, takde peluang pekerjaan dpt dicipta.

Apa yg penting dlm memilih kerjaya, jangan fikir apa nak jadi sekarang. Kalau fikir apa nak jadi sekarang....mmg semua org nak jadi raja, dan sebagainya. Dunia perlu diexplore...kita ni masih banyak kekurangan. Sewajarnya dlm memilih kerjaya....kena fikir apa yg kita nak dlm 10 tahun akan datang, bukan hari ni...dgn ini objektif lebih jelas dan paling penting apa yg kita nak capai dlm hidup ini.

Sekadar pengalaman peribadi....kerja doktor mmg mulia...kerana dpt membantu orang, tp bila dilanda beban kerja....niat kita pun kadang2 berubah. Kalau kita fikir kerja doktor dpt duit pun tak betul juga....sebab semasa nak buat mastershio banyak duit perlu dikorbankan. Lebih2 lagi mereka yg amik sekolah private, terpaksa berhutang banyak
 Ada pula doktor yg kerja private....tp trend hari ni....doktor pun berebut serta bersaing. Dr pakar di hospital private pun terlalu ramai...kadang2 diorang pun tak nak bagi doktor pakar junior masuk line kerana mampu menjejaskan ekonomi diorang. Kalau fikir kalau jadi doktor boleh tolong mak ayah....tak betul juga...sebab kadang2 anak sibuk di hospital, ada yang terpaksa dipindahkan jauh dari mak ayah. Lebih2 lagi kalau doktor adalah wanita mmg benda ni membebankan bagi diorang kerana faktor komitmen terhadao keluarga. Kalau jadi doktor pun...mungkin akan memilih bidang yg kurang sibuk seperti doktor mata, doktor telinga, doktor kulit, doktor gp

Nak jadi doktor pada pandangan saya bukan sahaja perlu ada komitment, perasaan tanggungjawab pun perlu ada. Komunikasi skill paling penting dan paling oenting adalah fitness. Kalau badan lemah mmg susah nak buat oncall...badan lemah menyebabkan otak nak membuat keputusan pun susah.

Sejujurnya kalau ikut trend hari ni...saya kurang mengalakkan pilih doktor sebagai kerjaya. Malah , saya pernah dengar cadangan utk doktor2 ni lalui ujian semasa houseman...kalau fail maka tak dpt kerjalah. Tp itu tidak bermakna kalau tak jadi doktor anda tak dpt membantu. Jadi physiotherapist dan occupational therapist pun turut dpt bantu pesakit hidup dgn lebih selesa. Seperti org yg patah tangan tak boleh bergerak...physio boleh membantu pulih fungsi asal. Occupational thwrapy pula...contoh org tangan yg cacat...mereka boleh bantu menyediakan alatan special untuk bekerja. Begitu juga dgn audiologist.....atau speech therapy..mereka boleh bantu pesakit untuk dengar lebih jelas...memberi latihan utk lebih petah bercakao atau ajar utk kurang gugup.

Sebebnarnya kerja ni banyak pilihan....cuma kadang kala org malaysia ni skop fikiran mereka agak sempit. Banyak lagi kepakaran belum diexplore di malaysia. Apa2 pun segala2 nya bergantung pd puan. Saya sekadar berkongsi oengalaman sebagai orf first hand yg pernah merasa susah duka dan cabaran yg sebenar. Kalau diberi pilihan saya nak jadi direktor wayang hehshshe



Q : Dr Seiji, benarkan jika tak dpt tidur, spt insomnia, ubatnya minum susu panas?

A : Susu boleh bantu tidur...tp saya tak ingat kenapa....kena google tp malas
tak silap ada satu bahan yang melambatkan metabolisma...

Choline: Milk is also one of the best sources of choline; an important nutrient found that helps with sleep, muscle movement, learning and memory. Choline helps to maintain the structure of cellular membranes, aids in the transmission of nerve impulses, assists in the absorption of fat and reduces chronic inflammation. http://www.medicalnewstoday.com/articles/273451.php







No comments:

Post a Comment