Thursday, March 12, 2015

Kata- Kata Hikmah Dari Bilik Grup Ulat Buku

Bismillah.

Antara kata-kata Hikmah yang dapat saya kongsikan dari bilik Ulat Buku, In syaa Allah.





Azril Ismail, [08.03.15 02:58]
jawapannya sebab umat kurang membaca

Azril Ismail, [08.03.15 02:58]
400 tahun lepas dah tulis hehehe

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 02:59]
No... around 1400 dahulu dah dinyatakan... kalimah yang pertama dalam ayat pertama dalam surah yang pertama adalah.....!?

Azril Ismail, [08.03.15 02:59]
sahih..

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:00]
Cuba fikir kenapa bula Islamlah kamu? Berimanlah kamu? Bertaqwalah kamu? Tapi...Bacalah (olehnya) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan....

Azril Ismail, [08.03.15 03:00]
dalam konteks polemik 20 perkara ini, dah boleh selesai..

Azril Ismail, [08.03.15 03:00]
jika kita membac..

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:01]
Ia menjadi modal survival pengaruh, politik dan bisnes, ustaz...

Azril Ismail, [08.03.15 03:01]
agreed..

Azril Ismail, [08.03.15 03:02]
bab rokok tu paling menarik.. boleh revert fatwa
 yang haram jadi halal..

Azril Ismail, [08.03.15 03:03]
1625 rokok haram naik syaikhul Islam baru issue fatwa halal rokok..

Ahmad Syazli, [08.03.15 03:03]
Mcm mana tu yang hatam jadi halal

Azril Ismail, [08.03.15 03:03]
kena baca huhuhu

Ahmad Syazli, [08.03.15 03:04]
Insyallah.

Ahmad Syazli, [08.03.15 03:04]
Zz ana setuju , masyarakat malaysia/ umat islam malas baca

Ahmad Syazli, [08.03.15 03:05]
Ana tgk beberapa soalan yg ditnya di bilik2 yang sediakan oleh CR soalan2nya biasa saja.

Ahmad Syazli, [08.03.15 03:05]
Kalau bnyk membaca mesti dah jumpa jawapan

Khalid Al Walid, [08.03.15 03:06]
Seharusnya pakar motivasi perlu baca buku khatib celebi ni agaknya.

Azril Ismail, [08.03.15 03:08]
kena baca, budaya yahudi membaca.. sebab tu mereka terlebih or terlajak faham..

Azril Ismail, [08.03.15 03:08]
saya berkawan dengan ramai jews dalam industry knowledge management..

Azril Ismail, [08.03.15 03:09]
punya banyak membaca mereka lebih tahu.. Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dari saya..

Azril Ismail, [08.03.15 03:11]
dalam friend fb saya ada lebih dari 10 Jews..

Khalid Al Walid, [08.03.15 03:12]
Bila knowledge depa lagi banyak dari kita, dorg adakalanya suka berbahas, suka berdebat juga ka yahudi2 ni?

Azril Ismail, [08.03.15 03:12]
yang saya kenal mereka berdebat dengan objective.

Azril Ismail, [08.03.15 03:13]
misalnya Calendar mana yang paling tepat pengiraannya..

Azril Ismail, [08.03.15 03:13]
Jews, Alexendra, İndia, Hijri..

Azril Ismail, [08.03.15 03:13]
or Gregor

Khalid Al Walid, [08.03.15 03:14]
adakah dorg turut berlapang dada dlm sesuatu perkara atau bermatian2 mempertahankan hujah?

Azril Ismail, [08.03.15 03:14]
open .

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:15]
Sebab itu Allah sebut Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang menjadikan... sebab bila rasa terlalu berilmu dengan Tuhan jadi biadap dan rasa boleh lawan - perangai Yahudi yang dah ada pada Muslim hari ini.

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:16]
Ana pernah jumpa seorang yang sangat luas pembacaan dalam agama, sejarah, tamadun, falsafah dan pelbagai lagi sayangnya solatnya tidak....

Azril Ismail, [08.03.15 03:16]
agreed..

Azril Ismail, [08.03.15 03:17]
ini penyakit bila tiada guru, islah diri tiada..

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:17]
Orang yang paling yakhsha (khusyuk?) kepada Allah adalah ulama... maksudnya semakin berilmu semakin menundukkan diri dan jiwa kepada Allah bukan sebaliknya....

Saff Shaini, [08.03.15 03:17]
[Forwarded fromAhmad Syazli]
Zz ana setuju , masyarakat malaysia/ umat islam malas baca


Saff Shaini, [08.03.15 03:17]
[Forwarded fromAhmad Syazli]
Ana tgk beberapa soalan yg ditnya di bilik2 yang sediakan oleh CR soalan2nya biasa saja.

Azril Ismail, [08.03.15 03:20]
ya..ada 99 fakta ada dalam buku.. tetapi buku tiada 1 perasaan pun.

seorang manusia untuk ajar anaknya perasaan, satu senyuman sahaja sudah melekat dihati..

Sepu ni, [08.03.15 03:22]
betul...baca buku byk...blajar byk...utk buat akhlaq kita jd baik....byk ilmu x smaye ...x paka gawa jugak

Sepu ni, [08.03.15 03:23]
Adap x lg punoh ranoh

Hanita Cuta, [08.03.15 03:23]
Terasa sangat keperluaan utk memperluaskan bidang bacaan & mempertingkat masa bacaan.

Ahmad Syazli, [08.03.15 03:24]
Fuhh bilik ni mmg betul2 intellectual

Khalid Al Walid, [08.03.15 03:28]
Sy rasa tuan azril berkawan dgn yahudi yg intelectual, mmg dorg open. Berbanding dengan yahudi2 low minded, sy rasa bagaikan langit dan bumi. Tp berkenaan dgn hujah tu mmg banyak dorg quote, citate dari wiki. Especially dlm bab2 penempatan yahudi kat gaza sana.

Azril Ismail, [08.03.15 03:34]
ya, kebanyakan Ma or PhD holder

Azril Ismail, [08.03.15 03:34]
ada seorang je programmer cabuk kaki todi ada diploma je..

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:47]
Di Barat dan Jepun... rumah pembunuh bersiri pun ada perpustakaan peribadi dipenuhi oleh buku² ilmu....

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:47]
Bandingkan di rumah majoriti Melayu-Islam....

Grup Blaja, [08.03.15 03:51]
bilik ulat buku menjadi bilik para intelektual mencurahkan keilmuannya...

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:52]
Tuan puan di sini kena bina perpustakaan peribadi di rumah... agar anak² membesar dikepung oleh buku²... biasakan mereka melihat kita membaca. Kalau yang kahwin tanya berapa banyak koleksi buku bakal suami/isteri nanti boleh gabung... ini bahan ceramah ambo, S. CR....

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:53]
Tajuk ceramah: Penawar Bagi Hidup....

Khalid Al Walid, [08.03.15 03:53]
Benar tu ustaz..mudah2an ianya menjadi harta pusaka yg akan diturunkan kpd anak2 pula nanti.

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:55]
Di Barat ada istilah Bibliotheraphy... yang mana mereka yang mempunyai masalah dalam kehidupan khususnya masalah jiwa dan mental akan berjumpa pustakawan sekali gus merupakan kaunselor, setelah menyatakan masalah maka si pustakawan akan bagi preskripsi yakni mereka perlu ke rak sekian baris sekian baca buku tajuk sekian sekian sampai habis....

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:56]
Betapa ramai orang Melayu-Islam terkesan dengan terjemahan La Tahzan karya Dr Aidh Abdullah al-Qarni selepas putus cinta... hehehe

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:56]
Menjadi ubat jiwa dan raga bagi bangkit semula...

Misfati Tina Asil Ali, [08.03.15 03:56]
Ustaz ZZ..maaf mencelah, pasal kahwin..ingat lagi dulu, duit hantaran kahwin habis untuk beli buku sebab minat membaca. Mak tahu masa tu kena marah..sebab pelik tengok duit hantaran untuk beli buku bukannya beli pinggan mangkuk atau perabot..

Grup Blaja, [08.03.15 03:57]
bila umat tidak membaca, mereka teruja dgn pencerita dan pelawak daripada ilmuan...

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:57]
Pasal biblioterapi ada ditulis oleh Shaharom TM Sulaiman dalam satu daripasa buku beliau... buku beliau kebanyakannya mengenai buku dan membaca....

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:58]
Ana yakin motivasi dan perubahan sebenar ada dalam buku bila ia dibaca oleh orang yang memerlukannya bukan ceramah motivasi ala ESQ etc yang sekadar manipulate perasaan orang macam Syiah dan Tariqat Sufi Sesat....

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 03:59]
So modul motivasi terbaik adalah mendorong mereka yang memerlukan membaca buku yang bagus² (sewajarnya bagi orang Islam adalaj tadabbur al-Quran dan juhud dalam mengaji hadith)....

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:10]
DMFK, DUKE, DON ada sumbangannya juga dakwah... huhu, semoga kembali kepada manhaj ilmu wahyu yang sudah terbina lebih 1000 tahun dengan rujukan yang terlalu banyak... maksudnya kalau nak pakai ayat al-Quran tengoklah syarahnya (errr... semalam dalam mukadimah Pentas Dakwah beliau terjemah semula dan diulas ayat yang dibaca?) dan jika guna hadith memang kena ada knowledge, science of hadith bagi memahamkannya kepada orang lain... bayangkan kalau mereka semua merendah diri dan mula belajar dan mendisiplinkan diri dalam penyampaian menurut manhaj ilmu yang betul... pasti banyak manfaatnya bukan? Silap² depa pun kena cop Wahabi...

Grup Blaja, [08.03.15 04:17]
moderator bilik(06) membangkitkan semangat kita untuk membaca lagi tekun pagi ini. jzkl kk.

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:23]
Menyampaikan ilmu berkaitan agama sangat tinggi nilai amanahnya... kalau dah kita tak berapa alim tapi nok juga ceramah maka selain daripada pembacaan kena luas pastikan sebelum ceramah/kuliah buatlah persediaan dengan rujukan² muktabar... untuk kuliah Maghrib dan Subuh yang kurang lebuh 45 minit - sejam... kalau ambil satu ayat al-Quran, tengok tafsir muktabar (Ibn Kathir) bacakan dan ulas sedikit kepada pendengar sudsh cukup rasanya bagi jauh daripada kemerapuan....

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:23]
Kalau sedikit ada ilmu asas dalam bidang hadith lagi banyak modal ceramah... Allahu... apakah lagi alasan untuk merapu?....

Grup Blaja, [08.03.15 04:24]
masyarakat kita pilih yg suka merapu.

Ibn Haron, [08.03.15 04:25]
diskusi macam berada di universiti bilik ni. Alhamdulillah.

Grup Blaja, [08.03.15 04:25]
merapu konon xnk bg ngantuk. last skali utk 45 mnt, isi 5 mnt, kmerapuan 30 mnt, kutuk wahabi 10 minit.

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:26]
So sekarang tugas kita adalah sedarkan orang awam/masyarakat supaya mereka meningkatkan selera beragama mereka....

Grup Blaja, [08.03.15 04:27]
ingat, dlm bilik telegram pun, kemerapuan masih wujud jika kita tidak bergelumang dgn buku.

Ibn Haron, [08.03.15 04:27]
Selera agama yang sebenarnya pd pdgn ustaz ZZ? Boleh kongsi.

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:27]
Bila ada demand maka supplier terpaksa ikut... bila jemaah surau masjid mula bertanya dengan kritis kepada pengkuliah - min aina laka haza, ya ustaz?

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:28]
Daripada mana kamu ambil hal ini, wahai ustaz?

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:29]
Kerana sebelum kita dah tersngkan dalam urusan aqidah, ibadah (ritual amali dan lafaz) serta akhlak mesti ada nas daripada al-Quran dan al-Sunnah - ini kena ulang banyak kali, bagi melekat dalam kepala....

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:29]
Aduh, ini dah macam ulang balik ceramah² ana di masjid/surau ni.

Grup Blaja, [08.03.15 04:30]
agama ini agama Allah..
kita kena pilihara, kata dr maza mlm tadi.

Abu Atheerah al Jauzi, [08.03.15 04:30]
agama ini agama Allah..
kita kena pilihara, kata dr maza mlm tadi.

Roslan Ab Hamid, [08.03.15 04:31]
Perbincangan yang menarik andai kita kutip mutiaranya.

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:31]
Kepada Ikhwah yang nak lihat susunan pembentangan sebagaimana yang saya bincangkan di atas mohon rujuk ceramah saya bertajuk Berdamping Denganmu ya Rasulullah atau tajuk² yang lebih kurang sama sebab saya guna slaid yang sama dan terus upgrade dari semasa ke semasa. Semoga bermanfaaf.....

Don Ilman, [08.03.15 04:31]
kno sstgh ust kata bileh buat ibadat selagi xde dalil pgharamannya?

ads yg kata haram sehingga ade dalil mgharuskannya (mcm UZZ ckp tu)

Roslan Ab Hamid, [08.03.15 04:33]
Pada ambo kita perbaiki diri. Cikgu Rahim berjasa besar mewujud bilik bilik ilmu ini. Ia tercatat dalam log budi terakam indah dalam sanubari

Azril Ismail, [08.03.15 04:34]
indah bahasa Dato' Lan.

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:35]
Memang betul, khilaf itu berpanjangan... memang ada dua school of thought dalam isu itu... cuma begini, ana mulakan dengan tarhib - umur kita pendek, tuan-tuan... di depan kita ada yang ori dan ada yang entah ori entah tidak... dengan keadaan umur kita yang singkat kita nak ambil pendekatan try and error atau bijak jika kita ambil yang konfem sahih/ori nabi sendiri ajar... maka saya tunjukkan printscreen Sunan Tis`ah siap dengan berapa jumlah hadith bagi satu sunan... setelah sebut satu-satu jumlahnya saya pun tanya jemaah - siapa dah baca dan belajar habis semua hadith dalam kitab-kitab ini?.....

Ibn Haron, [08.03.15 04:38]
Teknik dakwah us ZZ sangat berkesan. Boleh diambil manfaat tu. Tq ustz ZZ atas pekongsian.

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:39]
Saya amat yakin kejahilan kepada ilmu hadith, bukan ilmu sebenarnya... tapi hakikat kitab hadith pun tak kenal dan tak pernah tengok sendiri kerana di Alam Melayu didoktrinkan supaya bergantung 100% kepada penafsiran agama Islam melalui tok guru, ustaz, tok lebai dan seumpama... so, intipati ceramah saya di mana-mana memperkenalkan kepada masyarakat apakah itu kitab hadith apakah fungsi dan kepentingannya dalam beragama....

Ibn Haron, [08.03.15 04:40]
MasyaAllah..boleh tiru nanti teknik dakwah ust ZZ.

Zahiruddin Zabidi, [08.03.15 04:40]
Sesiapa nak modul ini, kita buat bengkel... free of charge..

Roslan Ab Hamid, [08.03.15 04:43]
Hebat dan bermanfaaat

Grup Blaja, [08.03.15 04:45]
ahli di kl boleh susun satu program bersama zz, azril dan datuk.

Roslan Ab Hamid, [08.03.15 04:46]
Sedang cari masa untuk tulis buku " Berguru dalam Bilik Ilmu" - catatan nota bersiri dapatan dari bilik bilik di Banglo Cikgu Rahim

Ibn Haron, [08.03.15 04:46]
Wah dato. MasyaAllah. Mesti berjilid nanti tu

Grup Blaja, [08.03.15 04:47]
sayu..

No comments:

Post a Comment