Thursday, March 19, 2015

Soalan Dan Jawapan Terkumpul 18 Mac 2015


Q11: Apakah kaedah yang boleh dicadangkan kepada pasangan yang susah dapat anak pertama?


A11 : Untuk pasangan yg susah nak dapat anak walaupun segala ujian yg dijalankan adalah normal, juga 'timing' pun betul, perlu lihat kpd diet pasangan tersebut. Byk zat makanan yg penting diperlukan utk kesuburan.

Untuk pasangan yang tiada anak buatlah pemeriksaan, dan suami mesti diperiksa dulu. Kalau suami minta isteri untuk diperiksa dulu jangan buat, kerana untuk memeriksa orang lelaki sangat mudah hanya memerlukan sampel air mani.

Bila suaminya normal barulah periksa isteri, pastikan ada proses ovulasi berlaku, kedua-dua tube tidak sumbat dan tiada ketumbuhan dalam rahim yang boleh menghalang proses implantasi


Q13 : Benar ke Jaundis pada baby berpunca daripada cara permakanan dari ibu?

Jaundice pada bayi biasanya di sebabkan oleh hati bayi yang belum matang, jadi bilirubin yang terbentuk tidak dapat dikendalikan dan meningkat. Ini yang menyebabkan bayi jadi kuning.

Tapi ada juga penyakit yang merbahaya seperti saluran hati tak terbentuk, kumpulan darah emak dan anak tidak compatible, infeksi dan lain lain.


Q15 : Betul ke makan vitamin C dan udang menyebabkan keracunan Arsenik? Ada kajian saintifik ke tak?


A15 : Makan vitamin C & udang menyebabkan keracunan arsenik adalah tidak benar


Q23 : Assalam Drs. Best friend saya menghidap tumor dibelakang mata. Asalnya hidung berdarah. Selepas check didapati ada ketumbuhan. Sementara menunggu tarikh operation, tumor membengkak sebesar penumbuk baby 2 thn menyebabkan mata bagai nak terkeluar. Sekarang sedang chemo. Bila chemo, tumor seolah2 masih terkawal. Mengikut Dr, semasa operation tiada virus yg tinggal. Tapi berlaku sebaliknya.

Adakah perubatan alternatif utk malignant yg dia hidapi?

Dr merawat tidak diagnose kanser tetapi treatment seperti treatment kanser.


A23 : Saya dah terang pasal perubatan alternatif secara kiasan. Kalau trace mesej dulu....perubatan alternatif ni ibarat hari ni saya naik kereta tp ada juga orang yg masih nak naik kuda. Perubatan alternatif bukanlah suatu yg berbeza dari dunia perubatan moden. Ia adalah rawatan doktor2 dulu kalau doktor2 moden hari ni lahir pada zaman dahulu. Secara logik....kalau perubatan dulu sgt berkesan....saya fikir amalan tu akan terus dipelihara dan tidak perlu ia evolusi kepada perubatan baru. Cuba kaji sejarah perubatan....doktor dulu2 ramai pakai perubatan alternatif tp kmdn mengabaikan


Q26 : Assalamualaikum. Banyaknya soalan. Sy pun turut nak bertanya mengenai amalan pemakanan pesakit jantung dan pesakit darah tinggi. Ada pakar pemakanan di sini yg boleh mencadangkan amalan makanminum yg sihat sehingga boleh mengurangkan kolestrol dlm darah? soalan sy ni Doktor sekalian boleh jwb secara ringkas sahaja.


A26 : Pemakanan bagi pesakit darah tinggi dan jantung adalah seperti biasa cuma kena kurangkan minyak dan santan. Minyak dan santan mengandungi asid lemak yang tepu yang akan meningkatkan paras kolesterol meningkat selain dari menyebabkan cecair dalam saluran darah menjadi pekat dan sluggish. Ini tidak baik bagi darah tinggi dan sakit jantung.


Kolesterol boleh dimakan mengikut kajian yang dijalankan di US kerana ianya tidak meningkatkan paras kolesterol dalam darah.

Dan satu lagi yang sangat penting jangan lupa untuk exercise

Lagi satu, makanan yg tinggi gula dan karbohidrat ringkas akan menyebabkan hati menghasilkan lbh byk kolesterol. Ini adalah spt nasi putih, roti putih, cereals dan semua makanan yg dibuat dari tepung beras, gandum, pulut dll.

Hati kita buat 70-80% cholesterol dlm badan. Cholesterol dari makanan hanya menyumbang 20-30% shj

Ada bbrp kajian yg menunjukkan susu lembu tidak bagus utk kesihatan
Spt yg saya terangkan makanan berkolesterol menyumbang 20-30% saja kolesterol dlm badan

Jadi, byk carbohydrate = tinggi cholesterol....secara simple nya

Mmg zaman dulu org percaya makan banyak cholestrol maka darah tinggi cholestrol. Namun kajian terbaru.....adalah seperti apa yg diperkata kak azlinda.


Q28 : Assalamualaikum. Saya nak tanya mengenai bengkak kelenjar parotide. Bolehkah sembuh tanpa pembedahan? Terima kasih Tn doktor dan admin krn bantu jawab soalan saya. Saya mengalami bengkak kelenjar disyaki parotide glands dan telah pun buat Ct scan pd bln Oktober 2014. Result blm tahu sbb saya telah mohon tangguh appointment pada bln Nov. Sehingga hari ini belum lagi set utk appointment baru. 

Saya amat takut dengan pembedahan dan saya juga tdk pasti adakah ia kanser atau apa kerana sehingga kini saya berasa tidak selesa. Dan bengkak tersebut walaupun tak ketara tapi ia mengganggu saraf pipi dan mata menimbulkan kesan twitching.


A28: Parotid adalah kelenjar air liur yg berada di kedua2 belah pipi.

Bengkak parotid terbahagi kpd kanser dan bukan kanser

Pengesahan boleh dibuat dgn pemeriksaan dr dan ujian lanjut spt CT scan atau MRI

Biosy pun kadang2 digunakan...tapi sy buat kesimpulan dari teknik pengimejan moden

Kalau kanser atau dkhuatiri kanser kena buat pembedahan.

Kalau bukan kanser spt jangkitan virus mump atau bakteria buleh makan ubat

Sebagai panduan bengkak parotid yang tidak sakit, tidak demam dan ada pada sebelah pipi sahaja adalah lebih merbahaya.

Pembedahan parotid lebih mudah jika tidak menunggu terlalu lama utk buat keputusan.
Jika berlaku bengkak perotid, SILA KE Klinik pakar bedah am atau ENT

Buat scan tak semestinya terus bedah. Yg penting tahu masalah dulu.

Ya. Buat CT scan dulu. Dapatkan report. Kalau ragu boleh dprkan bbp opinion doktor lain. Jangan pulak jumpa bomoh 😅

Susah nak dpt appt CTScan ni. Kena jumpa balik doktor yg memeriksa, bg alasan yg munasabah dan dptkan semula appt CTScan. Kalau hospital swasta dlm RM500.

Jgn fikir pasal pembedahan. Tak bedah pun ada risiko. Mcm kita nak pergi kerja. Kalau kita takut kemalangan jalanraya mmg kita tak keluar cari rezeki.

Dr. Zubaidi, Puan Ummu Yaser kata beliau dah buat CT dalam Oct 2014, cuma result belum tahu sebab beliau minta postpone TCA.

Puan, saya cadangkan puan hubungi kembali hospital berkenaan dah minta tarikh temu janji baru. Kes-kes mcm ni belum tentu berakhir dengan pembedahan. Biasanya pakar akan assess balik kondisi puan, dgn penemuaan CT scan, baru keputusan akan dibuat.


Q32 : Mata kanan saya sentiasa gatal adakah ia sejenis penyakit?


A32 : Kadang2 allergic atau eczema salah satu punca mata gatal...cuma soalannya...di bola mata kah...di kelopak kah...gatalnya? Tp walau apa2pun sukar saya buat concluaion tanpa memeriksa mata anda


Q33 : As salamualaikum..ada tak effect mengambil weight gain dan kalau minum air milo boleh membuat seseorang tu infrtile?


A33 : Minum air milo tak sebabkan infertile l. Dan weight gain biasanya tak ada apa2 masalah...tp menguruskan badan terutamanya secara drastik atau extreme mmg berbahaya


Q39 : Bolehkah injection vaksin umrah diambil bersama influenza dalam 1 masa (hamba Allah jenis kerja byk pergi ke luar negara). Tq..


Vaccinasi umrah biasamya adalah vaccinasi pneumococcal. Boleh diambil serentak


Q40 : MANIAC itu penyakit apa? Apakah yg menyebabkan maniac ini berlaku terhadap seseorang doktor Seiji?


Maniac tu bukan istilah perubatan. Tu bahasa biasa yg bermaksud gila. Tp biasa dikhusukan kepada mereka yg alami sakit psiatrik tp menhangdapi hallucion dan delusion sehingga bertindak aggresif.

Saya tak suka pakai istilah maniac kerana ia perkataan biasa. Antara penyakit yg boleh menyebabkan maniac ni seperti schizophrenia, bipolar disorder
Sometimes genetik....sometimes pun disebabkan otak rosak...

.
Q45 : Assalamualaikum nak tanya. .. adakah "slow learner" itu sejenis penyakit???


A45 : Mmg ada sesetengah keadaan menyebabkan dia slow learner....t. Tu bidang audiologist, psychiatric, speech therapy. Ada org mmg susah nak belajar...ada org mmg susah belajar bahasa


Q49 : Bercakap psl antibiotic tu..nk tau knp ye ada org yg alah antibiotic ni? Adik sy alah antibiotic, klu makan akan bengkak muka n badan..sy n abg sy xde masalah tu..


A49 :Tu genetik watie...sama juga mcm side effext..ada org kena...ada org tak kena
Penyakit kusta pun sama...ada org kena jangkitan dia sembuh...ada org dia jadi penyakit sembuh dan perlukan antibiotic

Utk pengetahuan ummu yaser....makan antibiotik pun ada org mati kerana kesan allergik. Tp berapa ramai antara kita masih bernyaea walaupun dah makan beratus2 antibiotik


Q51 : Dr Azlinda nk tmbh berat bdn mcmna?


cuba cr susu appeton untuk tmbhkan berat atau susu mass..

Brp BMI?

Makan Protein bg cukup - 1g/ kg body weight. Lepas tu kena exercise - weight lifting & muscle toning. Baru boleh naikkan berat badan - lebih otot & bukan lemak


Q52 : Seorg kwn sy masuk 1 kelas diet xtaw dgn Dr mana.. Katanya untuk kurus, makan tembikai 1kg stiap mlm tnpa mkn nasi.. Sbb ia pnuh dgn air dan tggi dgn antioksida.. Betul ker Dr?

So makanan promotion utk kurangkan cholestrol indeed is a myth...sebaliknya aboid gula ringkas

karbohidrat yang diambil secara berlebihan akan ditukarkan menjadi tisu lemak di badan

Malah di us....sejak amerika mempromosi makanan kurang lemak.....ramaiborg suka minum air juice. Dan sejak dari situ kes obesiti meningkat

Makan tembikai 1 kg memang byk air tapi juga byk gula yg akan ditukarkan kpd lemak

Berbeza dgn gula jus buah dgn gula dalam buah.

Pertama kandujgan gula dlm buah adalah lebih rendah dari jus buah

Kedua buah ada serat ....jus buah takde serat.

Mungkin peranan serat ada membantu dlm kesihatan...tp khasiatnya so far tak tahu.
Dgn kata lain makan buah mentah2 lagi bagus drpd minum jus buah

Kalau buah yg tak manis, ok

Yang paling baik makan bersederhana tak kiralah buah apa

Badan kita boleh menghasilkan cholestrol sendiri.

Bila insulin tinggi disebabkan gula tinggi
Insulin tu turut merangsang sejenis enzyme untukbpenghasilan lebih banyak cholesterol

Actually, high sugar or carbohydrate diet menyebabkan peningkatan insulin yg akan active kan enzim HMGCoA Reductase in the liver which will lead to higher production of cholesterol


Q53 : Carbohydrate diet tu maknanya kurang mkn mknn berkarbohidrat menyebabkan insulin merangsang enzim yg mybbkan pghasilan lbh byk kolestrol. Ya ke?


Ya. Carbohydrate diet tu maknanya makan byk carbohydrate


Q54 : kalau gula tinggi....tp kedua2 ada glycemic index berbeza rendah dan tinggi , ada beza tak cara dia mempengaruhi insulin dan penghasilan cholestrol seperti yg diperkata?

Kak azlinda...soalannya lets say gula 50mg high glycemic index dgn gula 50 mg low glycemic index......antara2 kedua2nya adakah ia menyebabkan badan menghasilkan cholestrol dgn kadar yg sama atau berbeza


Dr Seiji, makanan yg tinggi glycemic index akan menghasilkan insulin surge, yg akan lbh cepat aktifkan HMGCoA reductase

Yg high glycemic index tu more dangerous
Terms yang berakhir dengan ase tu biasanya hormon atau enzim


Q55 : Sy xtaw mcm mane cara nk kurus.. Selalu brsenam dan bertani.. Mkn mcm org normal tp kmgknn ape yg sy mkn tidk kena.. Ada nasihat..?? Risau dgn berat bdan cmni.. Sy x penah cuba ubat.. Mindset sy, ubat untk kurus, x elok untk kshtan.. Umur 23, berat around 100kg.. Tggi, 175


A55 : Ok, masih muda....lebih senang turun berat badan berbanding dgn warga 'matang
Berat ideal sepatutnya 75kg

Kena ubah makanan & gaya hidup secara menyeluruh

Makan byk sayur2. Keperluan Protein 75g/hari. Contoh: 1 telur A

Kena konsisten, kita jadi gemuk bukan dalam tempoh 3 bulan tapi tahun demi tahun, jadi untuk kurus pun memakan masa yang sama, perlu pada usaha gigih dan sabar

1 telur saiz A ada 7g protein

Makan complex carbohydrate 1 kepal shj 2x sehari. Exercise - aerobics & weight lifting utk bakar lemak & bina otot

Ayam, ikan, daging pun kaya protein

Nak kurus badan...stress management pun kena bagus juga

Tapi kens buang lemaknya

Sebab ada org hilangkan stress dgn makan

Ambil ubat kurus memang tak bagus...byk side effects



Q56 : Drazlinda, berapa biji telur gred A blh diambil dlm sehari ?


Telur REBUS blh ambil 1-2 bj sehari.

Dlm kuning telur, ada cholesterol tapi penawarnya Lecithin ada dlm telur putih. Kalau digoreng, ia sudah dirosakkan.

Q57 : Sy penah bina otot dan stop.. Dlm 3 bulan.. Lpas ti bdan mcm makin kembg dgn sndri. Dr, katakan pg sy mkn telur msak separuh 2 biji dgn air teh.. Tghari nasi skepal dgn sayur dan ayam sketul.. Mlm, 2 keping roti dgn secawan air kurg manis.. Air masak 2 btol 1.5liter.. Dan exercise pd ptg hari.. Ok ker?


A57 : Sbb stop kot jadi mcm tu.

Apa pun, diet yg betul & exercise sgt penting. Takde jalan singkat


En. Hakim :
1. Protein tak cukup 75g sehari (2 bj telur & seketul ayam hanya penuhi separuh keperluan harian). Ikan adalah pilihan yg lbh bagus dari ayam & daging.

2. Air teh bubuh gula? Green tea tanpa gula lbh baik

3. Nasi sekepal tengahari...tukar kpd nasi beras perang.

4. Roti putih adalah karbohidrat ringkas....tidak bagus utk badan.

5. Tiada Protein waktu makan mlm? En. Hakim blh makan ikan sebesar & setebal tapak tangan sendiri yg dikukus/dibuat sup/panggang.

Jangan makan apa2 makanan selepas jam 8 mlm. Boleh minum air kosong.

Juga amalkan minum air 1 gelas kosong sblm tidur & sebaik shj bangun dari tidur

6. Perlu minum air bersih 2.5 - 3 liter sehari



A58 : Doc..boleh terangkan sikit mksd 'air bersih ' tu?


Sy pernah dgr dr sorg doc kita mesti minum air yg mggunakan penapis air yg baik..btl ke?
klu air masak ganti ngan air tapis Or mineral ok dr?


A58 : Air bersih ialah air yg telah ditapis menggunakan penapis yg disahkan bagus sbb air paip/perigi di M'sia tidak sesuai diminum tanpa ditapis kerana byk pencemaran

Kurangkan guna mineral/bottled water sbb :

1. Tiada sijil pengesahan tentang kualitinya
2. Bahan plastik botol larut perlahan2 dlm air tersebut
3. Botol plastik mengambil masa 500-1000 tahun utk terurai
4. Harganya juga mahal walaupun kualitinya tidsk terjamin


Q59 : Pemilihan penapis air cadangan doc?


A59 : Bila membeli penapis air, tanya diri apa tujuan beli penapis. Adakah utk dapatkan air yg bersih?

Jika ya, minta data & bukti bahan2 kimia yg blh ditapis keluar serta peratusannya dan kuman apa yg boleh dibunuh.


Q60 : Betul ke minum air beralkali mpengaruhi kesihatan tubuh?


A60 : Makanan yg beralkali bagus utk badan dan ini adalah sayur2an hijau yg kaya dgn zat galian

Dan bukannya air beralkali

Air yg bagus adalah sedikit beralkali - pH 7 +.

Kalau sgt beralkali, dah rasa pahit mcm sabun.

pH darah kita ialah 7.35 -7.4 iaitu sedikit alkali

Mesin air beralkali lansung tidak menyebut tentang fungsi penapis airnya


Q61 : Sy pernah melawat logi rawatan air semasa belajar dl..sy pernah bertny pd pegawai2 disana ttg air yg dikeluarkan adkh selamat digunakan..n ttg jurujual2 penapis air..

Diorg menegaskan air yg dikeluarkan adlh bersih n selamat diminum tnpa perlu penapis2 tersebut..klu berkaitan klorin dlm air pula..ia akan hilang setelah smpai kpd pengguna..


A61 : Loji rawatan air tidak boleh tapis keluar bahan2 kimia, sisa racun serangga, sisa busngan kilang dll yg larut dlm air.

Kepekatan klorin (utk bunuh kuman) juga tidak sekata dari loji hingga menuju ke rumah2 kerana klorin adalah gas yg akan hilang ke udara.

Klorin yg larut di dlm air membentuk sebatian2 THM yg boleh menyebabkan kanser.

Sila baca keratan akhbar di atas - apa kata Executive Chairman Puncak Niaga.

Ini bukan hanya berlaku di Selangor shj tetapi di seluruh negara kerana kita tidak tahu menjaga alam sekitar & sumber air


Q62 : Dr boleh cadangkan Penapis air yg tbaik? atau xperlu gunakan Penapis, hnya perlu memasaknya sj?



A62 Kalau ada dakeaan kata ada penapis air boleh menapis kuman dan bacteria tu semua penipu dan tak logik. Kalau betul pum....sudah tentu ia menguntungkan doktor sebab darah boleh dicuci, dialysis dan kuman2 dpt diasingkan.

No comments:

Post a Comment