Wednesday, March 18, 2015

Bilik (50) Diskusi bersama Doktor



Soalan dan Jawapan Terkumpul 17 Mac 2015


Q10 : Apakah simptom-simptom hypocalemia (Hypo-K)? Dan bagaimana cara rawatannya?

A10 : Hypokalemia. Hypo - kurang. Kale - garam potassium mia - dlm darah
Kekurangan garam potassium.

Tanda2 hypokalemia sangat 2 subjektif. Jarang doktor buat diagnosis berdasarkan tanda2.

Tp tanda2 tu boleh beri petunjuk dan clue seseorang itu hypokalemia.

Dan tanda2 itu bergantung pd keseriousan

Biasanya pesakit ada lenguh2 otot, sakit otot, atau sembelit.

Kes yg extreme .. jantung boleh menjadi laju sgt laju...bahagian ni paling bahaya boleh bawa maut.

Ada sesetengah kes dia mengalami kelumpuhan khsusunya di kedua2 kaki

Utk b confirm diagnosis....amik darah

Rawatan bergantung pd keputusan darah.

Kalau biasa2....dr just bagi ubat garam potassium atau mensarankan banyak makan pisang.

Ubat yg boleh meningkatkan potassium akan dijauhi.

Kalau kes extreem.....ubat masuk dlm darah melalui branula...


Q17 : Hepatitis E .. suspek dari pengambilan perubatan tradisional.. itu yg nak tau mengapa pengambilan ubatan tradisional ni membahayakan?
Bila diambik .. sakitnya bermula.. bila ditinggalkan.. tiada kesakitan berlaku. Begitu juga jika tersilap makan jika makan itu mengandungi cuka.. memang cepat sakit.. apa puncanya


A17 : Puteri tuah ...hepatitis E bukan disebabkan ubat. Mana dpt sumber...saya nak pastikan tiada salah fhm

Tp ubat herba atau ubat moden boleh menyebabkan hepatitis dipanggil drug induced hepatitis

Saya fikir ada kekeliruan maksud hepatits

Hepatitis suatu definasi yg merujung kepada radang hati......boleh disebabkan virus, ubat , dan mcm2

Bila org sebut hepatitis, A, B, C, E itu semua jangkitan virus....bila sebut jangkitan tiada kaitan dgn ubat

So mungkin statement hepatitis E diaebabkan ubat...saya fikir ada salah statement ni

Kalau pasal ubat....tu hepatitis biasa. Bukan jangkitan seperti hepatits E. Secara saintifik ia dipanggil drug induced hepatitis. Maksudnya hepatitis yg berpunca dari ubat2 an

Salah faham komunikasi antara doktor dan pesakit mmg sgt common, tp doktor kadang2 fikir dia fhm tp sebenarnya dia tak fhm....saya gembira dpt mendengar masalah pesakit , menandakan salah faham komunikasi amtara doktor dan pesakit banyak perlu diperbetulkan

Kena selit pakar diet ni cikgu rahim . Pakar diet boleh bagi cadangan lebih bagus tentang cara2 permakanan



Q27 : Salam, soalan saya adakah dyslexia, boleh berterusan sehingga dewasa. terima kasih.


A27 : Dyslexia mmg berterusan smpai akhir hayat. Tp ia boleh dilatih utk kurangkan masalah


Q29 : Ada kemungkinan tak pesakit yg tlh jalani pmbedahan Cervical replacemnt disc ( ganti tulang tengkuk C4 & C5 dgn implant) bolh akibatkn kerosakan saraf eg bdn jd lemah, kurang daya ingatan n tumpuan n myb bolh lumpuh jika terjatuh? Pernah check dgn cara perubatan hemopati n dberitahu 80% saraf tlh rosak..jzk kk pd dr yg mnjawab..

Dr Seiji..sblm operate mmg rasa kebas sebelh bdn termasuk rosak kuku n rasa kebas d ibu jari. Lps dbedah n ganti implant alhmdulillah da kurg sket tp lately ni slalu sakit sblh kepala n nafas jd laju n kdg2 rasa tulng belkng ngilu sgt smpai x leh bernafas trutama bila terkejut n stress...

Dr kata tulng tengkuk sy pecah, isi terkeluar n kena saraf tu yg tgn kebas..bila operate isi yg pecah x dpt dkeluarkn..klau sakit lg kena operate balik..😰
Sy x bolh berdiri lama, berjln lama..cpt rasa pening..ada kaitan ke dgn saraf or mmg saraf sy da rosak?


A29 :


Saya fikir...my hypotesislah....mubgkin betul atau silap....tp jawapan paling tepat ialah dr bedah yg buat operation tu. Dia lebih tahu.

Teori sayalah....mungkin disebabkan implan tu. Even malah saya selalu jumpa org patah tangan...bila pasang batang besi, kadang2 rasa ngilu..di tamgan khususnya di wakti sejuk.

So ada kemungkimam besi implan....dari segi tanda2 yg puan norsiah ada, saya tak fikir puan norsiah ada masalah saraf. Kalau ada masalah saraf...pasti masalah sama berulang. 

Tp masalah yg puan norsiah hadapi bukan masalah sama....masalah baru kan?

Biasanya tanda saraf rosak....lumpuh, rasa lemah anggota, rasa kebas, atau rasa mcm ada jalur elektrik....tu tanda2 saraf rosak

Saya rasa puan ada cervixal sondylosis akibat proses penuaan ni.

Tp pada hemat saya.....puan ok je. Cuma rasa ngilu tu mungkin pasal implan tu....mungkin dr zubaidi ada input

Saya pun tak tahu nak terang camne puan norsiah. Cuma apa yg boleh saya katakan kerana faktor usia tulang kurang kuat...dan berubah dan menyepit dan menghimpit saraf puan

Cuma ada beberapa kes autoimmune disease eg SLE dan MS yg mulanya datang dgn pening kepala dan kebas. Saya ada 3 kes seperti ini. Mulanya specialist ingat sinusitis lah, PID lah, neuritis... bila diperiksa semula (2nd opinion) rupanya autoimmune disease. Jadi mmg sukar bg kes yg compleks.

Selagi masih tidak selesa, selalunya ada yg tidak beres dlm tubuh kita dan perlukan pemeriksaan yg lebih detail.



Q30 : Gigi saya dh mati akar katanya doktor..dan skrg blum buat apa2 lg...biar berongga gtu jer...tp slps 6bln saya rasa sakit....skrg dh stahun...skit dtg.bila.makan benda keras cth timun batang

A30: Perlu jumpa doktor utk melihat keadaan gigi samaada masih ok utk rawatan akar atau perlu dicabut. Kemungkinan perlu makan ubat dahulu sebelum rawatan.



Q31 : Gigi geraham sy juga da buat rwtn akar. Tp telah tcabut tmpln dan sebhgn gigi telah serpih. Tgl sebahagian saje lg. Takut nk cabut sbb takut kena operate. Tp xpnh jumpa dentist lg. Belum rasa sakit lg. Biasanya bole ke cabutan bg gigi yg tggl sebahagian je dibuat tanpa operation? Takut sesgt nak jumpa dentist ni..

A31: gg dah pernah buat rawatan akar, bererti dulu gg pernah sakit. Gg yg dah buat rawatan ni juga lebih rapuh. Dari keadaan yg diceritakan, kemungkinan gg sudah tidak dpt dilakukan restoration dan perlu kpd pencabutan. Biasanya tak perlu operate. Jumpa doc dulu.


Q34 : Tanya sikit doc, langkah2 pencegahan kanser PROSTAT ada ke tidak?? Wasallam wbt.

A34 : Prostate kanser. Cara pencegahan......jangan melancap. Melancap ni mmg boleh increase risk of prostate cancer khsusunya di waktu muda.

Dari segi supplement .... Amik saw pamelto baik utk prostate....tp saya belum baca lagi saintifik artikel

Dari segi diet.....no comment. Dr lain boleh bagi feedback kot


Q35 : Apakah langkah awal dalam menangani orang yang diserang strok?

Pada Ogos tahun lepas, ayah saya diserang strok secara tiba-tiba, masa itu dia sedang duduk di kerusi..hanya saya seorang berada bersama dia, dan saya hanya mampu fikir untuk baringkan beliau, sebab masa itu badan beliau spt kekejangan.. cuma ingin bersedia jika diserang buat kali kedua.

Doc..sy penah terbaca psl org yg baru terkena strok ni kita xblh alihkan badan dia n cepat2 tarik kedua belah telinga..btl ke?


A35 : Kekejangan ke atau melumpuh ya? Badan kejang boleh disebabkan sawan. Ada buat ct scan brain? Diagnosis dari doktor dah dibuat?

Strok ni ada 2 jenis.

1 ischemia stroke ...ni stroke jenis sistem paip darah tersumbat disebabkan darah beku...dan akhirnya darah yg membawa oksigen tak sampai kepada otak.
2 hemorrhagic stroke pula sistem paip darah pecah lalu darah melimpah ke otak...dan pengumpulan darah tu menekan tisu otak yg lantas menyebabkan kerosakan tisu otak

Biasanya orang yang ada ischemia stroke dia akan sentiasa pd ubat aspirin bagi mencegah stroke berulang. Berhenti aspirin maksudnya stroke bakal berulang.

Hemorrhagic stroke kebiasaanya disebabkan oleh darah tinggi tak terkawal, dan ameurysm

Cara mencegah ialah anticipitation iaitu mengenali simptom2.

Kalau ischemic stroke ....biasanya badan tiba2 jadi lemah, lumpuh, ada sesetengah kes, mulut jadi terketar dan tak dpt bercakap.

Hemorrhagic stroke pula....akan menghidapi sakit kepala yh keterlaluan dan muntah2. Itu tanda warning.....

Kes paling extreme pun dia tak akan sedarkan diri

Lebih awal stroke dirawat....lebih tinggi peluang utk sembuh

So far....dlm pengamalan perubatan. Takde pula pantang larang saya dengar org kena stroke.

Org stroke mmg biasa akan dpt ulcer di perut lantas pendarah dipanggil curling ulcer. 

Ramai orang cedera kepala akan alami masalah sama



Q36 : tanda-tanda diserang sawan apa ya ?


A36 : Tanda2 sawan ni.......paling best kalau tengok video youtube. Terang sini gerenti tak akan fhm. Ada mcm2 bentuk sawan.....yg paling common...kedua2 kaki dan tangan mengeras sehingga badan pun terangkat......kmdn tiba2 kedua2 tangan dan kaki bergoyang2 tak berhenti. Selepas sawan tu berhenti....dia akan tidur

Ada juga sawan....dia terkaku, takde respons. Bila tegur dia tak jawab
 Tp selepas beberapa second, dia ok je baru sedar. Dia tak ingat apa yg berlaku td.
Ada juga sawan....dia sedang solat.....tiba2 je dia berperangai pelik, jadi mcm ayam tiba2 berkokok.....kmdn dia ok balik

Cuma org sawan tu.....jgn ditahan tangannya yamg bergerak secara aggresif....takut kita cedera dan dia cedera. Kita cuma boleh bantu dia posisi dlm recovery phase





Recovery position adalah satu2 perkara kita boleh banti pd org yang sawan atau tidak sedarkan diri. Sebabnya bila org tak sedar diri....baring menghadap ke langit....lidah boleh jatuh dan menutup ruang pernafasan dan pesakit boleh mati

Cuma kalau dlm kes kemalangan, jaga2 dan perlu ada langkah berhati2 kerana boleh jadi pesakit tersebut ada kepatahan tengkuk.....kalau kita ubah2 tengkuk dia , takut2 tengkuknya bertambah parah...



Q37 : Dr seiji, patient yg ambil warfarin ,boleh tidak ambil organic food? organic food tu,sayuran hijau yg tiada racun serangga. Benarkh pengambilan supplement dan produk herba mngurangkan kesan sampingan keatas warfarin?

A37: Soal organic food atau tidak tak penting. Yg penting kena tahu makanan yg perlu dielakkan. Senarai ada pd pakcik google

Aliza....masalah soal herba ni, kita tak tahu kandungan dlm herba, jadi kita tahu bahan kimia apa yg menjejaskan warfarin


Q41 : Cara mencegah stroke?

Cara mencegah ialah anticipitation iaitu mengenali simptom2.

Kalau ischemic stroke ....biasanya badan tiba2 jadi lemah, lumpuh, ada sesetengah kes, mulut jadi terketar dan tak dpt bercakap.

Hemorrhagic stroke pula....akan menghidapi sakit kepala yh keterlaluan dan muntah2. Itu tanda warning.....


Q42 : Btl ke doktor.. kalau org selalu mengantuk tanda2 tinggi kolestrol?

A42 : Susah nak komen mia....tp hakikatnya org cholestrol tinggin kebanyakan gemuk, kuramg exercise. Jadi kegemukan itu menyumbang kepada kurang bertenaga, mengantuk



Q43 : Apa tu placebo effect?

A43 : Ok katakan saya bagi ubat tahan sakit...dan lagi satu ubat tipu dan saya tipu pesakit....yg ubat ni boleh hilang sakit. Placebo effect ni ialah walaupun saya bagi ubat tipu dan saya menipu pesakit bahawa sakitnya akan hilang. Demi kepercayaan tu, sakit dia hilang

Sebab minda dan keperxayaan ni boleh membuatkan kita rasa sembuh.

Ia mmg berlaku


Q47 : Ada efek x jogging hari hari?

A47 : Selalunya kita cadangkan buat senaman aerobik seperti lari laju sehingga degupan jantung 120 selama 5 min. Kemudian rehat seminit. Lari semula. Buat 3-5 pusingan.

Bagi individu 35 tahun ke atas dan ada penyakit kronik eg diabetis minta doktor monitor dulu dan buat senaman ringan dulu.

Mungkin boleh monitor guna treadmill utk stress test.

Saya ada 3 org pesakit yg telah pergi tak kembali mengalami serangan jantung semasa senaman. Sorang jogging, sorang futsal dan sorang main badminton.



Q48 : Dr Zubaidi ,betulkh fakta mngenai bila kita aktif bersukan dan sbginya.bila kita stop semua aktiviti tersebut, ada efectnya pd jantung kita?

A48 : Org yg biasa jogging selalunya tiada masalah. Org yg lama tak jogging dan berumur 35 ke atas yg perlu berhati2.
Cuma kalau rasa tidak selesa pada dada semasa jogging perlu buat ECG (Cek jantung). Bukan masalah swrangan jantung tapi kita bimbang rhythm degupan jsntung tidak sekata boleh menyebabkan kita pitam dan pengsan wpun kita fit.
Selalu berlaku pada org muda.



Q49 : Dr apakah exercise yg sesuai utk pateint yg baru sebulan dua jalan operation rahim?? Treadmill bole ka??

Cikwie. Senaman ringan selepas pembedahan berbeza dgn org sihat. Selslunya pakar fisioterapist yg akan ajar. Treadmill tu tetlalu agresif.



Q50 : Adakah benar riadah malam undang bhya pada kesihatan. Sy slalu main badminton mlm. 2 kali semggu. Tq. Saya jogging selama 40minit...dalam sebanyak 6kilometer. Bermasalah x?takut jugak saya...kot salah cara saya..

A50 : Malam untuk tidur. Itu pun disebut dlm alquran/hadis sbb hormon semakin rendah utk kita rehat. Kalau kita riadah kita paksa tubuh melakukan sesuatu yg diluar kebiasaan. 

Selalunya bila umur meningkat penyakit kronik akan muncul.

Jantung kita tak mampu berdegup 120/min utk jangka masa lama. Otot kita pula akan keletihan sbb tidak cukup oksigen dan nutrien. Sbb tu habya 3-5 min saja diikuti dgn rehat.



Q51 : Dr Zubaidi , sya ada buat MVR,ada masa rythm jantung sya mcm laju..ada yg tak kena ke Dr? 10 thn.mekanikal.tmpt operate pun ada masa sakit jg Dr.

A51 : .Ia bergantung pd jenis injap yg digunakan dan berapa lama pembedahan itu. Jgn lupa rawatan susulan. Doktor akan buat ECHOCARDIO untuk menilai fungsi jantung.

Lepas 10 tahun selalunya mmg ada masalah. Elok buat pemeriksaan semula. Mitral Valve adalah injap utama pada jantung.



Q52 : Bila kita rasa nk demam..kita makan panadol,boleh cegah ke demam tu doc?


A52 : Panadol akan menurunkan suhu badan. Air cap badak mungkin mengandungi Panadol. Cara terbaik merawat demam ialah dgn minum air yg banyak.




Tidur lama sgt pun tak bgs CR.

6-8 jam termasuk tidur tengah hari adalah terbaik.



Q53 : Beza antara ECG dan ECHO.

ECG utk lihat fungsi aliran eletrik terus (direct current) dlm jantung. Jika aliran ini bermasalah ia akan menyebabkan rhythm dan denyutan jantung bermasalah.

ECHOCARDIOGRAM utk mrlihat fungsi otot jantung dan injap berfungsi. Ia juga dapat menganslisa pengaliran darsh dlm jantung. Berapa byk kuantiti darah yg dikeluarkan dari jantung. Jd kebocoran atau lubang pada otot jantung dpt dikesan.



Q54 : Soalan doc: kalau orang yg kurus menghadapi masalah mengantuk, boleh dikaitkan dgn kolestrol juga kah?


A54 : Individu kurus yg mengantuk ni selalunya ada bbp sebab. 1. Kurang sel darah merah-anemia 2. Kurang glukos dlm darah-hypoglycemia 3. masalah jantung yg mungkin tidak pernah periksa. 4. Byk lg sebab lain tetapi jarang berlaku.

Remaja perempuan selalunya nak jaga badan sampai tak nak makan.



No comments:

Post a Comment