Monday, March 23, 2015

Q dan A Bilik 50 - 20 Mac 2015

Soalan Dan Jawapan Terkumpul 20 Mac 2015


Q : Selamat Pagi semua. Tumpang tanya Doktor, pesakit berumur 25 tahun sedang ambil ubat anti-depression dan side-effect ubat tu menyebabkan rasa mengantuk dari jam 8mlm hari ini hingga 6ptg esok hari sdgkn pesakit perlu hadir kelas.

Soalan saya, ada tak ubat lain yang boleh membantu? Dan adakah pesakit perlu bergantung dengan ubat seumur hidup? Tak ada harapan lagi ke nak sembuh? Terima kasih doktor.


Semua ubat psikiatri menyebabkan mengantuk, cuba bincang dengan doktor pakar yang merawat. Saya kurang arif bahagian ini. Jangan tinggalkan ubat kerana pesakit depression jika tidak merawat boleh membahayakan diri sendiri, selalu ada tendency untuk bunuh diri


Q : Assalamualaikum, tuan doktor, apakah ubat Yang paling mujarab utk migraine? Bagaimana pesakit boleh ditimpa migraine dan vertigo sekali gus?


A ; Saya nasihatkan puan yang bertanya untuk berjumpa dengan doktor pastikan sakit kepala tidak di sebabkan penyakit lain sebelum menganggapnya migraine. Jika baru migraine barulah kita akan lega dan bolehlah ambil ubat seperti yang di sarankan doktor. 

Begitu juga dengan mereka yang telah disahkan migraine tapi pattern sakitnya berubah, ini juga perlu untuk membuat pemeriksaan sekali lagi untuk memastikan bukan di sebabkan oleh penyakit lain contohnya ketumbuhan dalam otak

Q : Salam dr..nak tny..sy dgr ada org kata vit e x elok dipakai utk ibu mengandung..sy nak tny apa kesannya kalau pakai krim vit e d muka dan di perut masa awal kandungan?
Ibu mengandung memerlukan 15mg vitamin e sehari. Kalau mengikut fakta ini sepatutnya ia tidak memberi kesan negatif pada ibu atau bayi.
Kecuali krim tadi dicampur dengan bahan bahan lain

Q : assalam doktor...nak tanya pendapat..nasihat.. saudara saya kenna penyakit bell palsy dankata dr punca disebabkan virus infection.
Seminggu sblm tu sy ada demam, pastu next week nye terpaksa keje wikend
keje non stop 48jam.. Bila bgn tido pagi isnin muke dah herot
p klinik..doctor cek sy dah kene bell palsy..adakah ianya berbahaya..dan boleh berulang....tq doktor...


A : وعليكم السلام
Bell palsy merupakan penyakit yang tidak merbahaya dan insyaa Allah boleh baik dengan sendirinya. Ada juga doktor yang beri steroid untuk mempercepatkan proses sembuh. Kalau ikut logik boleh berulang tapi saya belum lagi jumpa yang kena dua kali.

Penyebab nya saya rasa belum ada sape yang tahu , hanya mereka fikir di sebabkan oleh virus herpes.


Q : . Pesakit wanita usia 54tahun.
2010 melakukan pembedahan tukar 2 injap jantung kongenital. 2015 Buat sekali lg surgeri satu injap yg tersumbat. Pesakit kini mudah lupa dan stress.

Soalan: Apakah risiko surgeri ke2 dan rawatan terbaik.


A : Maaf puan Nurmadina ini merupakan soalan praktikal dan berbeza dari satu pusat ke pusat yang lain. Perlu berbincang dengan pakar bedah jantung. Risiko juga bergantung samada ada penyakit lain atau tidak. Ini sahaja yang saya mampu terangkan

Kaedah-kaedah perancang keluarga yang telah di bincang malam tadi.





Q : Betul ke Epidural dos yang diberi ketika sakit bersalin nak bg jalan buka itu dari AIR MANI HAIWAN?


A : Epidural anesthesia diberikan bagi menghilangkan rasa sakit masa bersalin atau pembedahan termasuk cesarean. Dari mana asalnya saya tak pasti tapi besar kemungkinan bukan dari air mani haiwan. Walaupun kalau air mani pun banyak masalah khilaf di sini di kalangan ulama.


Saya ada menulis bbp artikel dlm blog mengenai EPO. Antaranya
  

Q : Anak gadis saya merupakan atlet sekolah (terlibat dlm balapan,hoki,bola baling,bola jaring & bola tampar)
dia sering mengadu sakit di sendi lutut..apakah itu tanda dia mengalami 'tisu koyak' ?
*sering mengadi sakit disendi lutut & betis


A : Mungkin juga di sebabkan strain pada ligamen sendi. Kena buat warm up dan stretching betul betul untuk mengelakkan kecederaan


Q : Gastritis tu pun bolh akibatkn diarrhea ke Dr seiji? Aritu Sy sakit perut, diarrhea n demam trus..
Sy amalkn minum madu+ 3 biji bunga cengkih..alhmdulillah perut sy kurng alami gastritis..sblm ni slalu kena sakit perut sbb lmbt mkn or mkn mknan pedas.. 
( Tips - Suzanah..just rendam cengkih tu dlm air suam + madu 1 sudu..then minum 3 kali n bc selawat...pg sblm breakfst n klau rajin sblm tido..

A : Norsiah kalau dah demam dan diarrhea kebiasaan tu dah masuk keracunan makanan dah


Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan menonton video yang dikongsi oleh Dr Azlinda, disini saya membuat ringkasan beberapa nota, jika diizinkan saya berkongsi.


1. Hati ibarat project manager.Apa sahaja yang kita makan akan diserap kesaluran darah mesti melalui hati
 dan apa sahaja yang keluar dari badan juga mesti melalui hati.

2. Amalan pemakanan karbohidrat yang berlebihan akan menghasilkan glukosa(gula) yang berlebihan. Hati akan menentukan
 glukosa akan dihantar ke sel ditukar kepada tenaga, disimpan sebagai glikogen dan yang berlebihan ditukar kepada lemak.

3. Bagusnya lemak boleh ditukar kepada tenaga, bahayanya ada satu toksin yang terhasil dianamakan Fat Soluble Toksin(FST)
 yang akan berada di saluran darah dan akan melalui hati.

4. Bila banyak lemak ditukar kepada tenaga, banyak juga FST akan terhasil dan FST ini akan disimpan oleh hati.

5. FST yang banyak dismpan ini ditukar kepada metabolite yang sangat bahaya 100 kali lebih bertoksik, hasilkan radical bebas dan agresif.

6. Ketika ini hati perlu antioksida( beta carotene, vitamin C with falvonoids, vitamin E(soy drink), minerals and vitamin B's.) untuk melindungi badan.

7. Proses ditoksifikasi dengan minium minuman protein, asid amino akan bergabung dengan metabolite menghasilkan larutan air yang berada dalam darah.

8. Larutan ini akan dibebaskan oleh badan melalui berpeluh dan kencing.

9. Dalam berdiet kita mesti mengutamakan protien, fiber, lemak(lemak baik) (essential).

10.Kita mesti berkira atau mengambil berat jumlah karbohidrat yang diambil bergantung kepada
 umur, jenis pekerjaan dan aktivit seharian.

11.Hendaklah bersenam, makan makanan yang mengandungi tinggi anti oksida, minum air yang banyak.

Jika ada kesilapan dan kekurangan harap Doktor dan rakan boleh perbetulkan.


Q : Dr, rambut ank sy gugur bertompok2 sehingga kelihatan botak. Apa punca dn cara rawatannya.


A : Mungkin anak tuan /puan mengalami keadaan yang di panggil alopecia aereata, di mana rambut akan gugur bermusim. Kadang kadang satu musim boleh sampai 6 bulan lamanya. Ini merupakan penyakit keturunan dan tiada rawatan yang specific

Mungkin ada tapi kita tak jumpa sebab mungkin moyang kita dan terdapat keadaan yang kita panggil skip generation sehinggalah anak kita


Q : Salam Dr. Apa sebab ya kalau berlari laju kekadang sakit macam mencucuk di dada? Then, atas perut kalau tak silap?
Kurang senaman agaknya.


A : sakit di dada masa exercise ni perlu kepada pemeriksaan lebih lanjut, di khuatiri ada masalah jantung. Apa yang terbaik dilakukan pergilah ke hospital untuk buat stress test.


Q : Masalah Keloid. Semakin membesar ketara selepas jahitan luka yg kecil.
Apakah rawatan yg sesuai dan mudah serta prosedur utk bertemu pakar dermatologi di hospital kerajaan.


A : Keloid

Masalah kulit berparut besar, timbul & ianya seperti hidup (makin membesar).
Rawatan bergantung kepada size keloid.
Rawatan mudah adalah urutan perlahan pd tempat keloid 3-4x sehari dlm 30 minit ke sejam.

Method ni agak lambat kesannya, mungkin 3-4 bulan.
Parut akan jadi lembut, rata & kurang gatal.
Boleh jugak guna silicon patch .

Kaedah lain adalah suntikan kenacort.
Sebahagian klinik kerajaan @ swasta ada suntikan ini.
Prosuder - dapatkan surat rujukan dari mana2 doktor bertauliah ke klinik pakar kulit di kerajaan.

Wallahu'alam bissawab...



Q : Assalamualaikum. Anak yang ppuan saya yg berumur 14 tahun mengalami masalah hidung berbau. Diagnosis awal dpd doktor mengesah masalah ini. Pemeriksaan awal juga mendapati dia akan berasa sakit apabila ditekan pada kawasan soket mata. Beliau telah diminta untuk berjumpa dgn doktor pakar hospital sungai Buloh pada 31.03.15.

Untuk rawatan awal disyorkan untuk gunakan 2 jenis ubat seperti digambar.
Ahli panel yang dihormati sekelian.
Adakah sakit anak saya ini serius?

Mohon cadangan pencegahan awal terhadap penyakit ini dari segi

1. Pemakanan
2. Gaya hidup , bolehkah beliau terus aktif dgn aktiviti rekreasi seperti berkhemah?
3. Ubat/ preskripsi yg lebih berkesan.

Adakah ini 'permulaan Kanser'?


A : jika melihat ubat yang diberikan saya rasa beliau mengidap allergic atau vasomotor rhinitis. Oleh kerana sudah lama mengidap sakit tersebut dan tanpa rawatan yang efektif menjadikan turbinate nya berkemungkinan bengkak yang menyebabkan hidung tersumbat.
Ia bukanlah permulaan kanser dan insyaa Allah aktiviti beliau jalankan seperti biasa.


Rawatan bergantung kepada berapa besar turbinate dan kalau masih kecil dengan ubat spray atau drop ianya boleh mengecil, dan kalau sudah terlampau besar biasanya memerlukan pembedahan.

Ini jawapan saya yang hanya melihat pada riwayat penyakit yang di berikan tanpa memeriksa pesakit.


Q : jika kemungkinan berlaku strain pada ligamen sendi apakah langkah2 yg perlu diambil utk mengurangkan kesakitan atau merawat?


A : bergantung kepada keseriousan kecederaan samaada makan ubat tahan sakit...atau pakai pembalut crep bandage utk kurangkan gerakan dan kurangkan kesakitan.
Tp adakalanay dlm keadaan teruk....ligamen tu kurang fungsi...dlm hal ni physiotherapy dapat bantu kembalikan kekuatan



Tip utk dapat anak genius.


Setelah isteri hamil maka bermulalah satu step.
Sebelum itu siapa dpt agak bila janin ditiupkan roh?
Saya present hal ini di university southampton uk di depan student msia di sana

Mengikut lajian saintifik janin mula bergerak pada usia kehamilan 6 atau 7 minggu.
Pada masa inilah sebenarnya dianggap roh telah ditiupkan kerana ada degupan jantung dan fungsi saraf.

Hanya org yg hidup mempunyai degupan jamtung jadi janin yg mula mempunyai degupan jantung dan mula bergerak dianggap sbg permulaan roh ditiupkan.
Mengikut hadits shahih pun begitu Dr. Zubaidi

Apabila nutfah telah melalui 42 malam, Allah akan mengutuskan kepada janin itu malaikat. Lalu ditetapkan rupanya, diciptakan pendengaran, penglihatan, kulit, daging dan tulang-tulangnya. Kemudian malaikat bertanya: "Wahai Tuhan! Lelaki atau perempuan?" Lalu Tuhanmu menetapkan apa yang dikehendakiNya, dan malaikat menuliskannya. 

Kemudian malaikat bertanya lagi: "Wahai Tuhan! Bagaimana dengan ajalnya?" Lalu Tuhanmu menjawab berdasar apa yang dikehendakiNya, dan malaikat menuliskannya. Kemudian malaikat bertanya lagi: "Wahai Tuhan! Bagaimana dengan rezekinya?" Lalu Tuhanmu menetapkan apa yang dikehendakiNya, dan malaikat menuliskannya. Kemudian, malaikat itu akan keluar membawa satu lembaran di tangannya, maka tiada lagi penambahan atas apa yang diperintahkan, dan tiada lagi pengurangan.


Perawi: `Amir bin Watsilah Abu Ath-Thufail
Sumber: Shahih Muslim
Halaman atau nombor: 2645
Status: Shahih


إذا مرَّ بالنطفةِ ثنتان وأربعون ليلةً ، بعث اللهُ إليها ملَكًا . فصوَّرها وخلق سمعَها وبصرَها وجلدَها ولحمَها وعظامَها . ثم قال : يا ربِّ ! أذكرٌ أم أنثى ؟ فيَقضي ربُّك ما شاء . ويكتبُ الملَكُ . ثم يقولُ : يا ربِّ ! أَجلُه . فيقول ربُّك ما شاء ويكتبُ الملَكُ . ثم يقولُ : يا ربِّ ! رِزقُه . فيقضي ربُّك ما شاء . ويكتبُ الملَكُ . ثم يخرجُ الملَكُ بالصحيفةِ في يدِه . فلا يزيدُ على ما أُمِرَ ولا يَنقصُ " .
الراوي : عامر بن واثلة أبو الطفيل - المحدث : مسلم
المصدر : صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 2645 - خلاصة حكم المحدث : صحيح



Cuba darab 6×7=42 hari atau 7x7=49 hari.
Sebelum itu janin hanyalah seketul daging yg disebut alaqah
Sebelum itu disebut nutfah keluar dari tulang sulbi. Tulang sulbi adalah istilah yg am. Untuk lelaki air mani dipancutkan oleh batang zakar dan berasal dari kerandut zakar (testes).
Sementara wanita dihasilkan dari ovari.

Kedua dua pergerakan air mani dan ovum dilindungi oleh tulang pubis.
Saya tak mahu mendetailkan bagaimana janin membentuk tetapi apa yg penting kita tahu bahawa roh mula ditiupkan sekitar minggu ke 6 dan ketujuh.


Pada masa yg sama pembentukan otak dan fungsi otak bermula.
Jadi jika mahu anak genius, berikan suplemen dan ransangan bermula pada masa ini.
Malangnya pada masa ini kebanyakan UPT masih negatif atau masih kabur

Saya ada menulis mengenai UPT. Bagaimana kadang kala kita keliru..


Sbb itu ramai doktor mencadangkan agar penjagaan makanan untuk para ibu bermula apabila dia mula berniat mahu hamil.

Sbb para isteri tak tahu bila dia hamil sehingga dia tak datang haid pada waktu yg sepatutnya (lambat haid) dan apabila buat UPT didapati positif. Pada masa itu sudah masuk minggu ke7 atau ke 8.


Q : Benarkah dr z..seandainya mahu otak anak cergas kita suruh bby lihat bnda bnda yang clourful?


Itu baby dah lahir. Step kehadapan. Ini baru peringkat janin. Blom lahir lg

Q : betul ke doktor mkn buah nenas dlm qty byk, boleh sbbkn keguguran janin?

A : Soal nenas dan hamil.


Q : Dr Zubaidi, bagaimana dengan pendapat ibu makan folat 3 bulan sebelum dia plan nak mengandung dan di teruskan semasa mengandung

Q : Sekiranya pd hari ke 14 slps period kita buat upt, dan result positif, baby da berusia berapa minggu? Bagaimana kaedah pengiraan tu spya x miss mggu 6 n 7 tu?

Q : Maksud genius di sini adalah genius seperti indigo childs ke doc?

Q : Amalan menurut sunnah nabi. Bagaimana pula pandgn dr. Dari sudut pemakanan para ibu yg sdg hamil..


Betul Dr Kamaludin. Elok jaga pemakanan bila ada niat utk hamil. Mungkin 3-6 bukan sebelum itu. Ada yg mudah hamil dan ada yg sukar hamil. Bila ada niat untuk hamil dan mula mencuba, terus jaga pemakanan.


Penjagaan makanan bukan saja tahu apa yg patut makan tetapi juga apa yg tidak harus makan.
Genius ini bukan setakat bagus IQ
Tetapi EQ dan SQ

Pembinaan hardware ( otak)
bermuka dari minggu ke 6
Cara kita beri didikan dan ransangan yg menyebabkan anak itu mendapat IQ EQ atau SQ.

Didikan dan ransangan inilah software yg harus diberikan semenhak awal lg.
Jadi pembentukan otak harus pastikan janin ini mendapat nutrien makanan yg lengkap.
Terutamanya omega 3 dan vitamin b kompleks.

Itu step kedua. Didikan dan ransangan masa janin dlm rahem.
Step yg pertama pastikan pembentukan otaknya yg sempurna
Nutrien yg sempurna bukan saja dapat pd yg dinamakan makanan sunnah, tetapi byk terdapat makanan yang halal dan berkhasiat (halalal toyyiban).

Sbb tu saya lebih suka apa yang dihalalkan lg bernutrisi ini digalakkan, bukan setakat kurma dan madu saja.
Tak dapat dinafikan kurma dan madu byk khasiatnya, tapi utk orang Asia seperti kita kurma dan madu hanyalah suplemen. Bukan makanan asasi utk wanita hamil.

Malah daging telur juga sumber protein dan vitamin bagus untuk pembentukan otak bagi janin.
Begitu juga buah-buahan dan sayuran berwarna.
Kalau nak bg hadis yolong sebutkan perawi. Saya lebih suka begitu.
Kalau kata ulamak, bg tahu nama ulamak itu.

Vitamin utk suplemen boleh digunakan tp jgn terlalu obses.
Mungkin pakar pemakanan kita boleh sentuh pasal pemakanan.

Apa yg perlu dielak ialah segala jenis asap.
Asap rokok asap kereta asap pembakaran
Semua mengandungi bahan kimia berbahaya.
Saya kata perlu elakkan. Gunalah penutup hidung ke. Itu tanda kita kasih pd anak kita.
Semua jenis asap ada bahan kimia. Cuba elakkan. Bukan tak boleh langsung

Antibiotik ada yg selamat dan ada yg tak selamat. Jd kalau sakit jumpa doktor yg berpengalaman dan katakan puan hamil.

Minuman berkabonat juga elakkan.
Minuman berkafein.
Dan segala supkemen herba yg tidak diketahui kandungannya.

Q : Kopi teh tak boleh diminum.. Ka

A : Minuman berkafein harap dielakkan.

Jd pembentukan otak dirangsangkan pemakan yg halal lagi berkhasiat
Untuk masukkan software pada otak anak di peringkat janin.
Rangsangan berbentuh sentuhan dan bunyi adalah paling bagus.

Sentuhan pada abdomen isteri haruslah dilakukan oleh ibu dan bapa.
Kesan getaran pada kulit abdomen akan ke dinding rahem terus ke air tuban dan pada tubuh janin.
Getaran yg membentuk kasih sayang dapat dirasakan sebab emosi dikawal oleh hypothalamus di otak sudah mula terjadi.

Sentuhan kasih sayang ini yang jarang diberikan atau diberikan seseksli sesekala.
Inilah permulaan untuk meransang minda genius EQ.

Q : Dikatakan juga kaedah mendengarkan alunan muzik2 neo klasikal seperti bach, mozart, dan lain2 turut mempengaruhi perkembangan otak janin bayi dlm perut. Adakah ini satu fakta?

Itu rangsangan kedua iaitu bunyian. Ransangan sentuhan pun blom habis.
Rangsangan harus diberikan dengan kasih sayang. Dengan hati. Berbicara sama ada dengan suara atau dlm hati. Ia ada hubungan.

Hubungan antara ibu dan anak telah bermula sejak hamil. Malangnya hubungan anak dan bapa agak lambat. Hanya setelah bayi dilahirkan.

Q : Saya pernah dengan Yahudi akan rangsangan muzik seperti kata tuan Khalid dan juga ibu mengandung akan banyak buat latihan maths.

Kita pula ramai tidak mahu baca Al Quran ketika mengandung dan leka shopping barang bayi.
Untuk jd anak tak perlu ransangan masa janin pun tak pe. Tapi nak anak genius ia harus dimulakan sejak awal.0   

                                                                                                                           
Q : Dr Z, msa pregnant, suami isteri kna kurangakn hibungan suami isteri ke?

Hubungan kelamin suami isteri harus dielakkan shingga semester ke 2 atau 16 minggu. Ia paling selamat.


Q : dr bagaimana pula dgn faktor anak hasil zina, bukankah dia tidak dapt rangsangan sbgaimana dr bahaskan diatas..

Q : Maknanya emosi ibu turut ditekankan juga ye doc..klu ibunya asyik serabut dan tertekan, ianya turut memberi kesan awal kpd Eq dan Sq bayi?

A : Emosi ibu mengandung mmg perlu dijaga..terutamanya bg ibu2 yg ad penyakit darah tinggi.andai kata tekanan darah tidak dikawal..kadang2 ad kes yang boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan
Kalau suami dah usap perut isteri tiap mlm itu tanda sokongan suami. Ini juga membantu emosi ibu.
Ada yg buat tapi tak ada apa2 pun? Kita bercerita ttg risiko. Kalau di awal kehamilan risiko tinggi. Tp kalau nak buat juga, ia masih halal.

Q : soalan lain dr, sy dn pasgn br berkahwin, apa nasihat dr utk merancang dapatkan zuriat, ransangan apa yg utama perlu sy berikan, krn kedua2x kami masih ada perasaan malu.. Saya tak faham soalan. Maknanya blom hamil tp malu?

A : Untuk hamil perlukan pancutan air mani dalam vagina. Jika malu mmg tak hamil.


Q : kalau perkara tue selesai.. ada faktor lain x, perlu diberi perhatian

A : Selalunya tembak tak tepat, sdr abd halim.
Pancutan itu harus dilakukan pada hari subur.


Q : Dr. Kalau makan obimin..folid acid dan neurogain sejak niat nak pregnant dan sepanjang pregnant ok ka...

Selain tu pastikan kualiti sperma dan ovum dlm keadaan baik.

Q : Hasil persenyawaan kena pastikan isteri ditahap waktu kesuburan yg tepat, suami punya sperma yg sihat.. ada tips nk pastikan sperma sihat ke
Q : oh, tp mcm mana nak tahu kualiti sperma kita ?


A : Kualiti sperma diperiksa dengan pemeriksaan air mani.
Bg wanita lebih sukar. Tetapi hormon progestrone yg penting semasa hamil. Jika rendah, lapusan endometrium dlm rahem yg menjadi tspsk semaian tidak kuat dan luluh sbg darah haid atau keguguran.

  
Q :Betul ke org tua2 dl amal telur ayam kampung untuk tingkat kan kualiti sperma?

A : Mkn telur kampung pun kena periksaan airmani. Kalau isteri dah hamil tak perlu lah periksa. Mkn telur ayam kampong dan madu lwbih kepada beri stamina masa berjimak.


Q : maaf, sy pon hanya laksanakan, dan tak tahu hal sebegini perlu disemak dan dipelajari
A : Takpe ramai yg tak tahu tp tsk mahu bertanya.


Ok saya sambung tentang tip anak genius.

Selain sentuhan fizikal, perlu juga ransangan bunyi.
Secara saintifiknya ransangan bunyi dalam bentuk muzik yg lembut dan bacaan al quran memberikan kesan positif yg sama. Cuma mendengarkan bacaan al quran lebih barakah.

Dalam rahem byk perkara yg tidak dpt dikawal, jika pembentukan fizikalnya tidak betul ia boleh menyebabkan kecacatan.
Tiada siapa yg dpt mengawal ini kecuali ALLAH.

Sbb itu kita mahu barakah dan pertolongan ALLAH semoga kehamilan yg berlaku berlaku dgn selamat.
Sudah pasti muzik Mozart tidak memberikan barakah dlm hal2 yg kita tidak dpt kawal.
Itu beza antara bacaan Quran dan muzik Mozart.

Getaran ini dapat dirasakan seperti mana ransangan fizikal tadi
Pendengaran janin mula terbentuk dlm waktu yg sama. Mereka mendengar dan memveri respon dalam pergerakan.

Muzik yg kuat akan menyebabkan degupan jantung janin kencang dan ini mengganggu perkembangan fizikal dan emosi janin.
Ia memberikan "stress" kpd janin. Rahem seharusnya seperti rumah dan kediaman yang tenang.

Begitu juga ransangan ini dapat dirasakan berkait dgn nada. Bukan setakat kekuatan bunyi saja.
Nada2 yg lembut dan baik harus dibetikan. Nada2 jahat seperti mengumpat, marah, sedih, tidak puas hati harus dijauhkan kerana memberi kesan pada EQ janin.

Sebab itu elakkan emosi yg negatif ketika hamil. Ia memberikan kesan negatif pada EQ anak kita dlm rahem.


Q : Dr. Z ,Jadi percakapan kita pun harus dijaga sepanjang tempoh hamil?

A : Ya ia memberikan kesan negatif pd EQ janin.
Bukan setakat lisan tp gerak hati.
Sbb tu ada anak kita yg kuat cemburu masa kecil. Anak yg lain pula ok saja berkawan dgn kanak2 lain.

Cuma sama ada kuat atau tidak kesannya pada janin.

 Cuma yg penting cuba saya sampaikan. Bila hamil, kawal perasaan. Cakap hal2 yg baik saja.
Sudah semestinya dgn baca quran dan zikir.

Q : Boleh dr komen tentang remaja yg mengandung anak luar nikah?macam mana kesan terhdap janin?sebab kebanyakan mereka tidak membuat follow up tntang kandungan bayi


A : Kesan anak luar nikah ni byk utk dibahaskan. Mungkin kelas lain kot.

Sbb tu dlm banyak kajian ibu hamil dan murung akan melahirkan anak yg mudah murung juga dan tidak tahan tekanan dari luar.

  

Q : Dr. Kalau makan obimin..folid acid dan neurogain sejak niat nak pregnant dan sepanjang pregnant ok ka...

A : Ok juga
Obimin adalah multivit. Ada foluc acid


Q : Bagaimana dgn iberet?
A : Iberet ada zat besi. Elok tunggu lepas confirm hamil.


Q : wife saya lagi sebulan nak due apa tips, nak anak genius di masa kecederaan ni ?

A : Masih lagi boleh diberikan rangsangan. Teruskan berikan kadih syg selepas lahir.


Dr : Ada kajian anak yg rapat dengan ayah lebih baik EQ dia bila dewasa.

Q : Tapi Dr biasanya anak rapat dengan ibu. Ayah garang sangat.

Masa umur 7 tahun ke bawah kena tunjuk kasih sayang.
Garang masa anak remaja. Itu pun bersebab bukan garang tak tentu pasal.


Q : Semasa hamil, sy suka menjawap sudoku.. Adakah membantu perkembangan otak janin doc?


Q : Ibu yg selalu menjawab soalan matematik turut membantu perkembangan otak janin ?


A : Ia membantu. Ibu yg menggunakan otak kiri dan kanan membantu perkembangan IQ dan EQ anak.

Ibu hamil yang hidup beragama akan membentuk ES pada anak. Anak lebih mudah terpaut pada spiritual dan keagamaan.
Bergantung pada apa yang ibu baca. Quran ke Bible ke... itu pautan hati anak mula dibentuk.


Q : Apakah kesan sampingan untuk ubat penahan haid yang diambil oleh wanita yang belum berkahwin untuk melakukan umrah. Bolehkah ubat ini diambil?








No comments:

Post a Comment