Tuesday, March 17, 2015

Bilik (50) Kaunseling Doktor

Soalan dan Jawapan Terkumpul 16 Mac 2015


Q1 : Adakah atkins diet baik diamalkan dalam menurunkan berat badan?

A1 : Atkin diet
Low carbo diet utk kurangkan berat badan
Fasa 1. Ambil lebih protein dan fat
Fasa 2 tambah sedikit carb sayuran dan kekacang
Fasa3 . Tambah sedikit lg carbo bila dah hampir sampai target berat
Fasa 4. Tambah carbo sihat sebanyak badan boleh tolerat

Atkin diet perlu di ubah suai utk pesakit kencing manis
Low cabo dan juga low fat
Sbb pesakit diabetes selalunya ada risiko tinggi utk sakit jantung dan stroke


Q2. Bagaimana kaedah untuk menurunkan kolestrol. umur 57+.

A2 : Kaedah penurunan kolestrol
1. Pemakanan
2. Senaman
3. Ubatan


Q3. Nk tnye satu soaln blh..klu m'hidap tibi..batuk yg b'terusan..cmner nk cpt sembuh..?? Ade x ubat yg b'kesan..??

A3 : Pesakit Tb akan mengalami batuk yg berterusan
TB boleh di ubati dgn gabungan beberapa antibiotik


Q5. Bagaimanakah utk kesan punca alahan? Kulit jd gatal, merah?

A5 :  Punca Alahan boleh di uji dgn skin test for allergy
Eczema .. Sejenis penyakit kulit di sebabkan allergy
Allergy / alahan bergantung kpd badan masing2 .. Tidak sama utk semua org .. Perlu buat allergy skin test.. Risiko lebih pd
Makanan high protein


  
Q7. Apa yang menyebabkan hepatitis E (puncanya dari perubatan atau jamu tradisional)?

A7 : Hepatitis E ni jarang berlaku. Dia sama lebih kurang mcm hepatitis A, B. Merebak dlm air tercemar dan juga melalui darah .


Q8. Jika seseorang pesakit gout yg telah menerima rawatan & memakan ubat (goutnil), tetapi kakinya masih sakit & bengkak, apa nasihat doktor & apa ubat lain yg boleh diambilnya?


A8 : Kalau pesakit gout tidak respons dengan ubat yg dimakan boleh jumpa semula dr utk injection, xray dan ujian darah. Mungkin penyakit lain masuk. Goutnil boleh makan masa sedang sakit. Allopurinol kena berhenti makan bila ada sakit sendi.

Pantang utk gout ialah jenis kacang2, organ2 dalaman dan makanan laut selain ikan.
Berehat beberapa hari dan minum air kosong boleh juga membantu proses penyembuhan.


Q9. Ape pendapat dr ttg tranfer factor yg dikatakan sebaik colustrum ibu? (Penyembuhan sakit saraf)

A9 : Setakat ini tiada formulasi yg setanding susu ibu



Q12. Selain dari pembedahan sebagai solusi. Adakah apa nasihat atau ubatan yang boleh bantu mereka yang hadapi masalah sakit lutut kronik.


A12 : Sakit lutut kronik memerlukan pemeriksaan utk mengenalpasti puncanya. Yang paling kerap puncanya ialah osteoarthritis atau kering air sendi. Penyakit ini ada 4 tahap. Tahap 4 selalunya perlukan pembedahan samada arthroskopik atau pembedahan gantian lutut.
Tahap 1,2,3 boleh makan ubat2 an, injection atau fisioterapi...tapi yg penting kurangkan berat badan dan ubah cara exercise. Boleh berenang atau berbasikal. Tidak boleh jogging atau treadmill.



14. Benar ke pengambilan kalsium berlebihan akan menyebabkan batu karang?


A14 : Amik kalsium berlebihan mmg boleh menyebabkan batu karang. Tp jarang saya dengar diet biasa boleh sebabkan begitu. Biasanya disebabkan pengambilan ubat kalsium berlebihan. Wallahualam.....dr lain mungkin ada feedback ttg recomendeation intake daily...


16. Pemakanan untuk ibu hamil yang mengalami diabetes.
 Adakah makanan yang dapat menurunkan paras gula dalam darah selain menjaga diet? Benarkah amalan memakan peria dapat menurunkan paras gula dalam darah?


A16 : Kencing manis masa mengandung
Kawal pemakanan , sedikit tetapi kerap
Lebihkan fiber
Kurang makanan/ minuman bergula
Tiada ubatan oral semasa mengandung
Insulin utk yg tidak dapat kawal paras gula dgn diet


17. Baru2 ni saya buat check kesihatan bergerak.. Katanya umur badan saya lebih muda 10 thn dari umur sebenar. Apa maksudnya ya?


A17 : Kalau anda perempuan...maksudnya nak memikat ler tu koh koh koh

Q18. Benarkah sakit kulit psiorasis tiada ubatnya setakat ini? Apakah ada vaksin yg boleh mengawalnya selain dr sintikan steriod?


A18 : Penyakit sopak atau kadang2 dipanggil badae adalah sejenis penyakit kulit kronik yg dikatakan disbbkan oleh kerosakan gene.
Penyakit ini juga boleh merosakkan sendi
Langkah pertama dapatkan pengesahan penyakit dan tahapnya dari dr
Ada ubat yg boleh meredakan penyakit
Steroid sangat berguna diperingkat akut.

Eczema .. Sejenis penyakit kulit di sebabkan allergy

Selepas itu ada ubat lain yg mengurangkan gejala penyakit tanpa perlu mengambil sterpid secara berterusan yg memang tidak baik utk jangka panjang
Ubat adalh ubat terkawal dan memerlukan preskripsi dr



19. Puncanya urin bleeding asalnya dari mana ya?


A19 : Hematuria atau darah dalam urine
Antara sebab
1. Jangkitan kuman
2. Batu Karang
3. Kanser prostat
4. Prostate hiperplasia bph
5. Kanser kidney


21. Dr.wan... kawan sy sakit dah 7 bln. Knapa dr pakar pun x blh trace selama ni. Yg dia mngalami KANSER . PADAHAL dah pi hsptal jpa doc.pakar spt d sg.buloh, hsptal slim & hsptal darul ehsan.. bln lps jer baru dptb tahu. Dia mngalami KANSER TAHAP 3 . buah pinggang pun rosak.. boleh tolong bg pencerahan.... dia pasti menangis bila sy pi ziarah dia d hsptal ipoh....


Penyakit kanser ada yg memang sukar di kesan walau dgn peralatan canggih

Q22 : Apakah yg menyebabkan prostat terjadi  ada ke faktor umur, keturunan, pemakanan, saluran kencing tersumbat atau pn sebaliknya tq? (penyebab kanser prostat)

Faktor kanser prostat
1. Usia >65
2. Sejarah famili
3. Hormon seks lelaki yg tinggi
Tanda awal
Aliran kencing yg tidak lancar
Kerap kencing
Sakit masa kencing
Sakit masa ejakulasi
Darah dalam urine atau air mani
  
Q24 : Bolehkah salah seorang doktor di sini memberi sedikit maklumbalas. Semenjak dua tahun lepas saya mengalami spatial periodic vertigo. Pada awalnya doktor di sini mengesyaki ianya meneire's disease kerana ada partial hearing loss tapi kerana berlaku pada sebelah telinga jadi diagnosis ini tidak di terima. Saya telah menjalani MRI scan tanpa sekarang result. Sorang sahabat mengatakan mungkin ianya Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV). Saya harap ada yg dapat memberi pandangan atau merujuk pada doktor pakar yg dapat memberi diagnosis. Terima kasih

A24 :

Jawapan Dr Seiji

Susah nak jawab soalan M Ahmad ...pasal takde butir2 info tambahan. Untuk pengetahuan semua pihak....perlu fhm diagnosis sentiasa berubah2 berdasarkan respons terhadap terapi, tanda2 yg doktor dpt kesan...sebab punca utk vertigo ada 1001 sebab. Biasanya doktor akan fokus pada diagnosis paling common, sekiranya tiada perubahan barulah dicari kemungkina yg mungkin dgn menjalani test yg advanced

Dgn kata lain , sesuatu diagnoais yg tepat mungkim ambil beberapa bulan, malah beberapa tahun. Bukanlah nak dikatakan diagnosis doktor tak tepat, cuma banyak penyakit yg menunjukkan tanda seakan2 sama

Prinsip ni kena pegang dulu....baru fhm kenapa diagnosoa doktor sentiasa berubah

Bukan kerana soal doktor tak cekap, atau silap doktor. Cuma penyakit lain2 mcm tapi tanda simptom dan sign hampir2 mirip

Diagnosis akan pergi step by step....

Sy pernah jumpa pesakit seakan BPPV tu...semua test negative...akhirnya settle dengan 2 bulan antidepressant

Epely maneuver tu mmg standars treatment utk bppv
Mungkin m ahmad mmg ada bppv rasanya.

Yg merunsingkan m ahmad apa dia sebenarnya.
.tu saya kena jelas dulu

Saya rasa doubtful dgn medical professionals kat sini sampai diagnosis pun saya tak percaya

Pasai according to specialist dia tak percaya it is BPPV. Tapi Epely monouver seem to have resolved the symptoms. Last episode was September last year. Kat sini pasai insurance company kalau boleh tak nak customer buat claim the policy is refuse first then treat later. Recommendations treatment saya di buat oleh rakan kerja yg MD dari UK

Tuan Ahmad kena consult Dr Zuraida pakar .. Ada treatment khusus utk pening Ni .. Balex dan therapi sholat

Alhamdulilah Dr.Marina saya dah tak boleh resolve kat sini so kalau boleh saya akan dapat treatment kat Malaysia

Jawapan DR Zuraida

Salam..boleh lah sikit..kita ada modul Bal Ex...homebased module for balance disorders... Tapi kena exclude dulu bukan BPPV. Bppv the latest update kalau posterior canal better guna Gan repositioning menourver...
En ahmad..saya di USM kota bharu...insyaAllah boleh nak cuba tengok kot blh bantu...uk kat mana
Sekarang dah ok kan..kalau ikut research kalau guna epley recurrent ratr 2 years...kalau guna gan methods 5 years
Gan method ni boleh buat unassisted ka Dr.Zuraida?
Sekarang sejak September tak dak repeated symptoms tapi saya masih tak rasa 100%. Kalau saya rasa akan ada dizziness saya masih lagi ada Cinnarizine 25mg dosage sebagai spare
Kalau blh jgn too long dgn cinnarizine...it can cause delay compensation.
Better ambik tab betaserc 24mg bd...


Jawapan Dr Seiji

M ahmad.... Pendapat saya sebagai orang ketiga, saya mempunyai hipotesis bahawa wujud salah komunikasi antara dr pakar. Bppv mmg pun ada sebab yg tidak diketahui. Saya fikir bila pakar kata tak diketahui, bukanlah dia tak tahu diagnosis. Dia tahu diagnosis tp biasanya pesakit akan tanya apa puncanya. Tulah jawapan dia....tak diketahui. Bergantung kepada kerjaaya seseoramg...kalau pesakit adalah seorang medical profession, saya akan katakan diagnosisnya. Tp org yg bukan medical profesion, mungkin kerana istilah saintifik yg jarang dengar dan pelik2 dr tak akan menyatakan diagnosis mungkin dr fikir kalau aku bagitau pun dia bukannya fhm. Jadi dia kata sebabnya tak diketahui dan mmg BPPV boleh disebabkan oleh punca tidak diketahui. Cuma big questiom is kenapa buat MRI? Bppv adalah diagnosis yg mudah , yg orang gp pun boleh diagnose. Eper maneuver test adalah cara diagnosis bppv...tak perlu buat mri. Dia punya accuract utk bppv adalah 75%. Namun adakalanya bppv tak menghasilkan test positive dlm eper manucer. Kalau positive mmg sah 75% m ahmad ada bppv. Even kalau dlm doktor kerajaan.....MRI biasanya adalah ujian dibuat 'The last resort' setelah bermacam2 ujian dan test gagal menemui diagnosis. Kena jaga2 pakai insurans...sebab org yg ada insurans ni , ada sesetengah hospital suka kenakan caj dan ujian merepek. Pahit tp itu kebenaran



Q25 : Salam, bolehkah doktor2 di sini bg nasihat tentang penyakit Bipolar Disorder? Kakak saya berpenyakit sedemikian, sudah 19 tahun, mula2 diagnose dgn chonic schicorphonea, tapi dlm 7 tahun kebelakangan ini doktor diagnose dia sebagai bipolar disorder. Kebelakang ini semakin teruk dn kadangkala sehingga menyerang ahli keluarga.


A25 : Doctors yg ada boleh cadangkan psy Dr kat sini dan add

Boleh cuba rawatan syifa sebagai komplimentari kpd ubatan
Saya belum pernah rawat pesakit bipolar guna kaedah reiki islamic lg .. Tapi utk pesakit depression dan imsonia ada positive result


Jawapan Dr Seiji Seimura

Rawatan alternatif vs rawatan moden
Kadang2 belajar sejarah perubatan bagus juga....
Sebab ia membuatkan kita fhm mengapa perubatan dulu tidak diamalkan
Kitab ibnu sina dahulunya adalah bible kepada semua doktor di dunia ini
Dlm kitab ibnubsina ada mcm2 ilmu alternatif pd zaman ni....
Tp aneh mengapa zaman berubah...mengapa doktor2 ini mengabaikan pengubatan ibnu sina
Sebab banyak rawatan tersebut gagal menemui kesan memuaskan terhadap penyakit
Dgn kata lain.....doktor dulu adalah doktor rawatan alternatif...doktor moden ni hanya bermula pada era 1800
Sebagai contoh penyakit kusta....dulu rawatan utama adalah rawatan minyak chaulmoggra
Rawatan chaulmograa adalah sejenis rawatan ayuverdik yg berusia 2000 thn, namun disebabkan kesan yg randomik dan lambat...rawatan tersebut diabaikan. Dan setelah penemuan ubat baru bernama sulphine...ia membawa perubahan moden dlm dunia perubatan
Mesej yg saya cuba sampaikan rawatan alternatif adalah rawatan dahulu kala yg digunakan oleh doktor2 yg lampau. Dgn kata lain....kalau saya hidup zaman lampau, mmg saya akan pakai rawatan alternatif.
Namun kerana perkembangan sains....rawatan alternatif ditinggalkan, dan rawatan moden digunapakai.
Dgn kata lain....doktot zaman dulu adalah pengamal rawatan alternatif
Kami menjalankan berbagai rawatan, ultimate rawatan adalah electric yang dipertingkatkan .
Kita hidup di zaman moden tanpa pengetahuan sejarah perubatan menyebabkan kita sangka ilmu perubatan moden dan perubatan alternatif adalah dua dunia berbeza. Sesiapa yg mengkaji sejarah dunia perubatan, kita dapati perubatan alternatif adalah ilmu perubatan moden ketika zaman dahulu
Kepentingan sejarah.....sgt penting ttp diabaikan
Dulu ibu mengandung ramai yg mati...hampir mencecah 50% ....namun disebabkan perkhidmatan perubatan yg semakin baik...kadar kematian kurang dari 1%. Bagi org yg tak tahu sejarah...ini menghasilkan tanggapan salah seolah2 bersalin ni selamat malah sgt selamat. Tp kalau dia tahu sejarah...dia sedar bahawa melahirkan anak adalah sgt berbahaya

No comments:

Post a Comment