Soalan Dan Jawapan Terkumpul 19
Mac 2015
Q : Adakah
semua gumpulan, ketulan smd kecil or besar d mana2 bhg breast adalh tanda2 awal
kanser? Mcmner cara paling mudah nk detect cancer - rambut gugur, selera mkn
kurang, rasa sakit kt bhg ketulan, etc?jzk kk pd Dr yg mnjawab..
A : Kanser ni biasanya akan hilang selera dan kurang
berat mendadak...tapi itu biasanya late sign.
Nak confirm canser ke tak....pemeriksaan biasa sukar utk
pastikan.
Ultrasound , mammogram atau biopsy adalah satu2 cara utk
memastikan kanser.....
Itupun kadang-kadang dlm ujian tersebut, ada peluang kecik miss
bahagian kanser tu
Yg pasti kalau confirm kanser...ketumbuhan tu akan keras,
tak sekata permukaan, berdarah, kurang berat badan , tak de selera....tp itu
tanda lewat
Q Bagaimana
nak hilangkan dengan cepat batuk akibat musim panas ni? Sgt x selesa..tekak
perit. Sy seorang yg kuat minum air masak. Perlukah sy kemam strepsils atau
lain2 ubat antibiotik?
Cuba madu
Di masa cuaca panas seperti sekarang banyakkan minum air
supaya rembesan badan tidak pekat yang menyebabkan susah untuk di keluarkan dan
ini merupakan sebab batuk berpanjangan
Maksud saya bila kurang minum rembesan akan menjadi pekat
dan susah di keluarkan, jadi kena banyak minum supaya jadi kurang pekat dan
senang dikeluarkan
Q :
Apa yg menyebabkan sakit tumit..menyucuk2 dan berpanjangan. Cek doc ckp xde
sakit. Sentiasa terutama klu berjalan2..kdg bila bgn dri duduk..x reti nk
describe..rasa cam menyucuk2 pedih..
Ada
ubat tak yg blh diambil utk kurangkan kesakitan. Ada doc rekomen suh inject
steroid tapi saya x berani
A : Sakit tumit biasanya di sebabkan keadaan yang kita
panggil calcaneal spur. Untuk mengelakkan daripada sakit pakailah kasut yang
lembut tapaknya dan amalkan juga memakai slipper yang tebal semasa dalam rumah
kerana lantai rumah kita dibuat dari simen dan sangat keras yang menyebabkan
impaction pada tumit
Makan ubat tahan sakit boleh , cucuk steroid di tumit pun
boleh tapi biasanya sakit akan datang kembali
Q :
Assalam dr.. ayah saya berusia 64thn. Menghidap diabetes, drh tinggi n mslh
prostat. Masalah terbaru ialah dia mengalami masalah frozen shoulder tgn sblh
kiri. Tgn hanya boleh diangkat
separas bahu sahaja. Pergerakan tangan di aras bahu pn hanya dlm 30° shj yg boleh.
1.
Apakah punca frozen shoulder tersebut?
2.
Bagaimanakah cara nak merawat?
A : frozen shoulder ni adalah sejenis keradangan. Tp
saintis pun tidak begitu pasti ksnapa...mmg common di kalangan org tua.
Takde rawatan specifik...cuma ubat tahan sakit dan juga
exercise ...dan ia akan hilang sendiri,cuma memakan masa. Apa2 pun cerita
frozen tu overated giler...kenapa org boleh suka
Q : doctors...saya hendak guna neti pot untuk
melegakan sinusitis...adakah cara ini efektif?
jika
ya, boleh cadangkan jenis garam yang hendak digunakan?
A : En Azman, maaf saya kurang tahu tentang pot tu. Yang
saya tahu menthol inhalation
yang spray tu ker?
Bukan, sinusitis tak boleh spray hanya rhinitis
Rasanya iye masukkan dalam bekas campur air panas dan
kelubung dan bernafas dalam tu
Q :
Doctr klu pkai nasonex (mometasone)untuk rhinitis bgs ker?
A : Nasonex spray ni sejenis steroid, insyaa Allah bagus,
boleh guna dua kali sehari pada permulaannya dan bila rhinitis kurang jadikan
sekali sehari kemudian dua hari sekali dan kemudian dua kali seminggu. Biasanya
dengan dua kali seminggu dapat menahan kita dari dapat rhinitis
Steroid dalam bentuk spray biasanya dos kecil dan kesan
sampingan pun minimal
Hanya kalau dah terlalu lama guna kena buat pemeriksaan
takut dapat jangkitan kulat di hidung
lebih selamat
kalau doktor prescribe
Hasnul, satu lagi jenis rhinocort aqua
Iye Hasnul, saya pun guna yang itu, sekarang ni saya
sembur sekali seminggu
Sy tkt gune sblm nie jd mkn cetrizine jer
So pas nie sy try dos minima untuk spray n mtk dktr
prescribe
Q :
adakah benar wanita yg sedang haid tidak boleh basahkan rambut kerana?l
menyebabkan kanser? atau mengaktifkan sel kanser? Mohon pencerahan dar i doktor
panel, terima kasih
A : Maaf kepada yang bertanya, tak pernah jumpa dalam
mana mana buku perubatan
Q :
Mohon nasihat doktor, ayah kawan saya tidak mahu buat kimo walaupun kanser
sudah tahap 4, dulu di pipi dan hidung sekarang sudah
merebak ke tulang pipi, limfa dan otak. mungkin doktor boleh merubah perspektif
orang kita tentang kimo.
A : sebenarnya kita memberi pilihan pada pesakit tentang
rawatan. Chemotherapy merupakan salah satu dari pilihan itu, satu rawatan yang
sangat toksik dan bersamanya berbagai masalah yang akan pesakit hadapi. Masalah
yang paling teruk loya dan muntah yang teruk, jadi kita kena timbang mana lebih
bermanfaat kepada pesakit
Kalau kita rasa peluang sangat tipis lebih baik ikut saja
pilihan nya, bagi lah dia menikmati kehidupan yang tinggal entah berapa hari
walaupun semua itu telah di tentukan tapi Allah juga mengurniakan kita pengetahuan
untuk menentukan sesuatu
Maaf mencelah. Rawatan kemo yg akan diberi bergantung
kepada umur, jenis kanser, kekuatan pesakit, tahap kanser dan manfaat yg
mungkin dia perolehi.
Contohnya jika pesakit dah tahap 4, umur 70an, sel darah
merah dan putih rendah ( dan byk lagi), kemo tidak sesuai. Kerana mudarat lebih
dari manfaat.
Q :
Mohon petua dan nasihat dari doc, kalau sakit kepala sangat2 sampai terasa
kebas muka sebelah..dgn bacaan bp 170..apakah yg perlu dan xperlu dilakukan?
Bacaan atas. Dah pm doc.
Bolehkah
makan painkiller atau panadol bg mengurangkan azab sakit tersebut.
Mcm
sy ni keje banyak duduk depan komputer je doc. Bersenam sejam je sekalisekala
main pingpong petang2.
last
terbaca slm paper yg duduk lama2 ni memberi ancaman kpd jantung..seriau
jadinya.
A : 170 tu bacaan bahagian atas atau bahagian bawah?
Mohon yg pm secara terus beri ta"ruf ringkas. Nama
umur dari mana.
Gen Y kenalah belajar adab bertanya. Saya pun nak bertanya
ustaz bg ta'ruf ringkas. Mana boleh terjah. Kita pun nak dpt big picture sblm
beri pandangan. Umur pekerjaan juga memainkan peranaan dlm kesihatan. Sbb tu
doktor kena tahu.
Contohnya kerani. Kerja duduk lama depan PC boleh
mengalami masalah stress dan sakit tengkuk.
Umur 35 ke atas mmg sudah selalu kena periksa kesihatan.
Selalunya tekanan darah tinggi dan diabetes beri kesan
selepas 10-15 tahun.
Jd kiraannnya dia dah start ada penyakit tu umur 39 atau
34 thn.
Jg penting mkn ubat dan jaga kesihatan.
Ramai yg tahu ada sakit tp tak mahu mkn ubat. Bila ada
komplikasi ginjal baru nak mula mkn ubat. Mungkin agak terlewat.
Skrg pun umur 25 pun ada dah ada penyakit.
Masalah dgn sakit ini ialah mengganggu ibadah.
Kalau dah sakit kepala kuat mcm mana nak ibadah dgn
sempurna.
Kita jaga kesihatan bukan sbb takut mati.Tp agar dpt
ibadah dgn sempurna.
Kalau dsh sakit lutut nak sujud pun tak boleh.
Kalau dah dialysis nak gi umrah pun masalah.
Tu belum amik kira beban ekonomi....populasi bertambah
dan semakin ramai sakit. Ubat pun turut mahal
Mana sama nikmat solat atas kerusi dgn nikmat solat sujud
di lantai.
Tugas doktor seharusnya bukan bg ubat. Tp bg nasihat dgn
hikmah. Ubat ni hanya utk sementara.
Kita jaga kesihatan adalah kerana beriman dan taat pada
Allah, sebab Allah menjadikan sesuatu ada sebab dan musabab. Untuk kenyang kena
makan, untuk pandai kena belajar, dan untuk sihat kita juga perlu lakukan apa
saja yang perlu untuk sihat.
Itu merupakan hukum Allah yang kita juga perlu
taati
Contohnya kalau bg ubat anti kolestrole tp kita biarkan
pesakit mkn nasi arab stiap minggu. Sudah tentu tak ada makna.
Q : Adakah
hypertension juga penyebab sakit kronik Doktor?
Ya . Sebenarnya tekanan darah tinggi merosakkan target
organ seperti jantung, kidney, saluran darah di jantung dan di otak pada jangka
masa panjang
Kronik ni maknanya proses terjadinya penyakit bukannya
sekejap. Ia bermula berbulan2 sbb ia disahkan.kalau setakat sakit kepala ia
bukan kronik. Tp kalau sakit kepala yg berbulan2 sudah tentu kronik dan ada
sebab lain yg serius.
Q : Hurmm.once
seseorang tu dah disahkan ada hypertension, maka dia dah xboleh revert jadi
diri dia sebelum dapat HT? Sebab dia akan bergantung sepenuhnya dgn ubat2an
seumur hidup. Betul ke doc?
A : Kalau masih awal boleh berpatah balik. Selalunya
lepas 5 thun sudah susah dan tak berpatah balik.
Ini sbb tubuh kita semakin aging dan tua. Kebolehan tubuh
untuk kembali sihat seperti muda dulu mmg terhad.
Minum air mineral byk. Ia sgt membantu.
Sbb tu zaman dulu ubat utama utk sebarang penyakit ialah
air.
Lebih 85% tubuh kita terdiri dari air
Sama ada air yg dijampi atau air yg tidak dijampi
kesannya sama dari segi saintifik. Minum air secukupnya.
Q : Benarkah
doktor,sayuran hijau yg tinggi vitamin K, boleh memekatkan darah dan
menyebabkan darah beku di saluran darah serta menyumbang serangan jantung?
A : Vitamin k ini banyak didapati dalam makanan yang
banyak lemak jadi kalau ikut logik nya sayur tidak banyak mengandungi vitamin k
Makanan yang mengandungi banyak vitamin k, tapi saya tak
pasti ianya boleh menyebabkan darah jadi pekat. Vitamin k ini memang di gunakan
dalam faktor pembekuan darah
TABLE : Makanan yang banyak mengandungi vitamin K.
Q : hypertensive
tu tu apa..maaf banyak banyak...saya tak faham istilah penyakit atau istilah
perubatan
A : Hypertensive tu orang yang mengidap sakit darah
tinggi, maaf ye ustaz
Q : Assalamualaikum doc, betul ke pesakit gout
tak boleh mkn daging merah? Especially daging kambing?
A : Sebenarnya apa yang berlaku pada pesakit gout ialah
kekurangan sejenis enzim dalam proses metabolisme acid uric yang menyebabkan
ianya meningkat dan di deposit di kapsul sendi dan seterusnya merangsang kapsul
sendi menjadi bengkak dan sakit. Di mana kita dapat uric acid ni, dari nucleus
sel, jadi apa saja makanan yang banyak mengandungi sel boleh menyebabkan gout,
daging merah banyak mengandungi sel darah jadi kalau makan berlebihan boleh
saje dapat gout.
Tapi kita juga harus ingat asid uric juga di deposit di
kidneys dan menyebabkan batu karang
Hati , limpa, paru paru dan juga stress, sebab stress
menyebabkan banyak sel mati dan akan meningkatkan asid uric
Q : Masih
berkaitan dgn pemaknan, kalau penghidap darah tinggi boleh makan kambing x doc?
Katakanla sekali makan hidangannya sebesar tapak tangan dewasa.
A : Sebenarnya daging kambing atau lembu merupakan
makanan yang baik dan selamat hanya cara penyediaannya yang menjadikannya tidak
sihat
Dibuat rendang, kari, masak dendeng yang banyak
menggunakan minyak dan santan
Grill kalau marinate tanpa minyak okay
Memang grill lah saya rasa paling baik untuk daging
Janganlah buat macam satay sat sat bubuh minyak masa
bakar
Semalam Dr Azlinda dah beritahu kita sebenarnya
kolesterol dalam daging hanya memainkan peranan yang kecil dalam kenaikan
kolesterol dalam badan kita tetapi tidak minyak dan juga karbohidrat yang
berlebihan
Pada saya makan sikit sikit dan lebih kerap dan makan
banyak makanan yang mengandungi serat
Q :
Apa makanan cepat kenyang?
Setiap makanan ada satiety index...maksudnya cepat
kenyang.
Salah satunya kentang rebus, telur cepat kenyang.
Q : Bagaimana
nak meningkatkan daya ingatan? Saya cepat lupa terutamanya bila berkaitan
benda. Cepat lupa letak barang di mana. Tapi kalau bab2 belajar saya boleh
ingat dalam tempph masa panjang. Peristiwa2 lama mcm zaman sek dan univ pn byk
dah lupa.
Adakah sebab umur makin meningkat, skrg 36 thn, kerap stress, tidur
lambat? Utk makluman doktor, saya mengamalkan supplemen omega & lecithin yg
dipercayai merangsang daya ingatan. Tapi macam xde perubahan pun...
A : Ada website utk tajamkan otak...atau dgn kata laim
brain gym...luminiosity website
Tp kena berbayar
Otak pun macam otot...ia boleh dilatih dan dipertajam
Biasanya bila lupa yang recent memory tu di sebabkan kita
kurang fokus bila buat sesuatu, itu sebabnya bila kita belajar kita boleh ingat
sebab waktu tu kita focus
www.lumosity.com
Adalah website utk brain training...beberapa komponen
iaitu concentration, memory,, speed, problem solving dan flexibility
Tp kena bayarlah
Tp website ni mmg digunakan utk kanak2 bermasalah
Ya betul....zaman sekaranf...ramai org tak fokus kerana
watsapp, facebook dan mcm2
Penyakit zaman moden
Sebagai tambahan multitasking pun membunuh kekuatan utk
focus
Bukan sahaja baca Quran tapi hafal sebab ianya melatih
kita untuk focus
There is no such thing multitasking , sekadar berubah
fokus dgn cepat
Tu yg kadang2 kesian tgk pekerja mcdonald yg kerja kat
drive trhough.... Kena amik order...lepas tu bayar duit serentak
Q : Ianya
xboleh ditrain ke doc utk jadi multitasker ni..
Mana ada....malah semakin merosakkan daya tumpuan
Saya kurang pasti, tapi ada orang yang boleh dengan
menggunakan deria batin yang boleh di train dengan konsentrasi rasa
Betul lah tu, tu sebabnya masa solat tak boleh goyang
goyang badan, mata melilau sana sini supaya tidak hilang tumpuan
Q : Dr
ape pndpt dr tentang makjun? Kat kampung byk guna . Bagus ker?
A : Hasnul, saya minta maaf saya tak mampu nak beri
pendapat sebab saya tak tahu apa yang terkandung di dalamnya
Q : Salam..
Resdung boleh sbbkan muka berjerawat juga ker? Dan sedikit brbau mukanya..
A : Resdung tidak menyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan
oleh ketidakseimbangan hormon terutamanya terlebih androgen. Muka berbau
mungkin datangnya dari mulut
Sedikit
perkongsian...
Seorang
pesakit suami saya, pengidap darah tinggi & cholesterol tinggi, makan ubat
selama 15 tahun. Beliau sangat gemar makan & boleh habiskan 3 pinggan nasi
sekali gus.
Beliau
mula sakit dada dan selepas bbrp bulan, beliau masuk ke hospital swasta
disebabkan sakit dada yg agak kuat.
Angiogram
menunjukkan 3 saluran darah utama ke jantung tersumbat dan perlu menjalani
pembedahan by-pass segera. Selepas pembedahan, beliau tukar diet & cara
hidup. Selepas cuti sakit 6 minggu, beliau terpaksa beli semua seluar dan baju
baru utk balik bekerja kerana telah kurus....turun berat 20kg dlm bbrp bulan.
Selepas 1 tahun, doctor berhentikan semua ubat kecuali Aspirin kerana tekanan
darah & cholesterol sudah normal tanpa ubat.
Allah
menurunkan penyakit bersama penawarnya. Jika kita masih belum jumpa, tidak
bermaksud ianya tiada. Mungkin kita tidak mencarinya di tempat yg betul
Kebanyakan
penyakit kronik (spt darah tinggi, diabetes, sakit jantung koronari, arthritis
dan betmcm2 lagi) berpunca dari gaya hidup yg tidak sihat.
Jadi
utk mencegah & mengubatinya, rawatlah puncanya. InsyaAllah akan dikurniakan
kesihatan & penyembuhan
Q :
apa benar permasalahan gusi (spt radang gusi atau kanser gusi) boleh
menyebabkan gigi jadi tidak kuat dan menjadi jarang?
A 103 (a): penyebab utama yg menjadikan gg kita goyang
adalah kerosakan tulang alveolar dan tisu2 periodontal yg berfungsi utk support
gg kita termasuklah gusi. Hal ini bermula dgn PLAK (himpunan bakteria yg
melekat rapat pd permukaan gg) dan sisa makanan yg tidak dibersihkan secara
efektif/ dibiarkan yg lama kelamaan akn mengeras menjadi karang gigi.
Bila
karang gg pun dibiarkan, ia akan merosakkan perlekatan gusi terhadap gigi serta
menimbulkan keradangan gusi yg menyebabkan gusi mudah berdarah, bengkak, merah.
Radang gusi salah 1 masalah pergigian utama di kalangan rakyat Malaysia selain
dripd karies gg.
Bila tetap tidak dirawat, kalkulus/ karang gg dan bakteria
semakin byk, akn menyebabkan tulang yg support gg dan tisu2 di sekelilingnya
turut rosak sehingga gg goyang atau tdk kuat. Tulang mengalami proses
resorbtion yg mnyebabkn gg boleh menjadi semakin terkeluar, bergerak berubah
tenpat dan jarang lebih2 lg bila sering ditolak oleh lidah, dan lmaa kelamaan
boleh tercabut dgn mudahnya.
Kesimpulan : Penyebab asalnya ialah plak ye. Gg
turut menjadi mudah goyang pada pesakit kencing manis kerana keadaan tisu tubuh
mereka yg mudah terkena infection. Faktor umur turut mempengaruhi krn kita tdk
dpt mengelak dripd terjadinya degeneration tisu2 pd tubuh kita bl semakin tua.
Tp kita boleh kurangkn risiko.
Ada je pesakit di kalangan warga tua yg umur 70
thn lebih yg masih mempunyai byk gg sihat dan kuat , sedangkan rakan2 yg sebaya
dgnnya sudah ramai yg menempah gg palsu penuh.
apa
pencegahan yg boleh diambil utk mengelakkan masalah ini?
(b)
masalah gg tdk kuat. A 103( b). 1.Gosok gg dgn teknik yg betul. Teknik yg
betul membolehkan plak dibersihkan, sisa makann yg terkumpul di celah2 gusi dan
gg turut dpt dikeluarkan. 2. Utk yg mengalami masalah radang gusi (gusi mudah
berdarah, warna merah terang, lembik, licin, bengkak) boleh menggunakan ubat
kumur atau biasakan kumur air suam campur garam sehari sekali.
Bukan semua org
perlu kumur dgn ubat kumur. 3. Guna dental floss utk buang sisa makanan celah
gg, bukan pencungkil mknn yg merosakkn gusi. 4. Diet- tinggi kalsium. 5.
Pemeriksaan gg berkala plg kurg setahun sekali, utk mengetahui masalah gg dan
gusi- jika memang terdapat karang gg, jalani rawatan pembersihan karang gg
(scaling). Rawatan dan kekerapan kunjungan bersesuaian dgn tahap masalah gg dan
mulut yg dihidapi.
Q : Dr
farhani- ada x langkah2 boleh diambil jika gigi dah terhakis oleh plak . Dr
farhani- gigi dah terhakis dibawah membuatkan gg dah agak jarang. Bukan
berlubang doc. Gg sy macam terhakis dr dalam atas sket dr gusi. Buatkan sy
xslesa dan rs gg kurang kuat
A : Ada x langkah2 boleh diambil jika gigi dah terhakis
oleh plak. A 104: Maksud saudara yg bertanya mungkin gg berlubang disebabkan
oleh plak? Kerana bila sebut hakisan, ia biasanya merujuk pd hakisan struktur
gg yg disebabkan oleh bahan kimia atau makanan yg masam dan berasid.
Plak tdk
menghakis tapi akn bereaksi dgn sisa mknn menghasilkn asid dan menyebabkn
pembentukan gg berlubang. Gg berlubang rawatannya adalah TAMPALAN. Jgn
dibiarkan menjadi lebih besar sehingga sampai ke saraf. Utk langkah pencegahan,
boleh rujuk kpd A103
(b). Tambahan: Pastikan penggunaan ubat gg berflourida ,
kekerapan gosok gg sekurang2nya 2x sehari, tp sy lebih suka nyatakan gosoklah
gg setiap kali lepas makan, kurangkn snacking dan mkn makanan manis/bergula.
Oh..ok..baru faham. Keadaan ni namanya abfraction. Adakah
saudara mmpunyai kebiasaan menggosok gg terlalu kuat? Sdr boleh buat dental
visit utk tampalan. Tapi jika hakisan terlalu dalam sehingga hanya tinggal
sedikit lapisan gg pada leher gg tersebut, kemungkinan terpaksa dicabut. Jika
hal ini menimbulkan masalah gg sensitif, disarankn penggunaan desensatizing
agent spt sensodyne atau colgate pro relief.
Q : Dr
Farhani, suami sy semlm bru tampal gg, tp sampai hri ni, bila dia minum air,
dia akan rasa sengal dn ngilu tempat gg yg di tampal tu. Gg geraham bhgian bwh.
A : harus dirujuk semula ke doktor yg menjalankan rawatan
jika terlalu mengganggu.
Kanser mulut tu satu hal lain pula, memang bila terjadi
kanser pada bahagian yg melibatkn tulang, gg akn jd goyang. Tp kanser mulut
biasanya dihidapi oleh golongan berisiko spt perokok, pengunyah tembakau dan
kdg2 penyebab tak diketahui. Yg penting pd rakyat Malaysia ni adalah masalah
keradangan gusi.
Q : Assalamualaikum..
Nurse yg merawat akak sy d hospital dsbbkn denggi kata untuk pesakit denggi,
tiada ubat melainkan minum air dgn bnyk.. Kalau beri mkn ubat bimbg ia akn ke
jantung.. Soalan sy, dsbbkan ape bkh jd mcm tu? Just eager to know.. 😉
Memang betul dan sebenarnya semua penyakit yang disebabkan virus kita hanya
memberi support dan bukan merawat penyakit tersebut kecuali chicken pox dan
kayap dimana kita boleh berikan anti virus.
Biasanya penyakit ini self limiting, yakni akan baik
sendiri tapi ianya memberi masalah yang serius sebelum baik. Itu sebabnya kita
perlu support pesakit
Q
:www.lumosity.com
Untuk
autism sesuai ke doktor?
A : Autism boleh bantu dari segi focus
Q :
Doktor, boleh tak doktor jelaskan apa dia batu hempedu.
1)tanda- tanda awal
2)di bhagian mana
3)punca berlaku
4)rawatan yg dicadangkan
A : pundi hempedu adalah satu organ yg terletak di
tangkai hati atau hepar. Peranannya ialah utk menyimpan rembesan hempedu.
Tanda2 awal ialah rasa kembung dan senak di bahagian
uluhati. Ramai juga tidak menunjukkan apa2 tanda dan ramai yg dirawat sebagai
pesakit gastrik.
Orang perempuan yg berkulit cerah, gemuk, umur 40an, dan
ramai anak lebih tinggi ririko utk dapat batu hempedu.
Cara mengesannya ialah dengan cara imbasan ultrasound.
Rawatan yg disyorkan ialah laparoscopic cholecystectomy
Risiko jika dibiarkan ialah mendapat radang hempedu,
radang pankreas, jaundis dan kanser hempedu.
Apabila penyakit hempedu sudah melarat dan terus juga
dibiarkan memang boleh membawa maut.
Cuka bukan punca batu hempedu.
Makanan bergoreng dan sembelit boleh menyebabkan batu
hempedu. Begitu juga dengan hygeine makanan yg buruk dan kehadiran cacing di
dalam usus.
batu hempedu ni ada 3 mcm yg diperbuat dari uric acid,
diperbuat calcium dan juga etc......
Bila batu besar dan sukar bergerak melalui saluran
hempedu....ia akan menyebavkan kesakitan.
Sakitnya biasanya di ulu hati....rasa seperti sakit
memulas....kmdn hilang. Kalau makan makanan berminyak biasanya penyebab sakit
bertambah.
Adakalanya batu tu dpt lepas dan masuk ke sistem
pencernaan...
Ada kalanya batu tu sekat di saluran hempedu dan
menyebabkan jangkitan di saluran tersebut
Ada kalanya batu tu tersekat di saluran dekat kawasan
pancreas kerana saluran hempedu tu sebelum ia keluar ke dlm sistem pencernaan,
ia akan lalui kawasan pancrease. Ia boleh menyebabkan keradangan pancrease.
Adakalanya ia menyebabkan keradangan di hempedu....inilah
yg kebanyakan orang alami. Sakit di hulu hati, sakit bila ditekan, sakit
tersebut kadang2 terasa di bahu kanan, demam dan muntah...itu tanda2 buah
hempedu mengalami keradangan.
Bergantung pd keadaan pesakit....keradangan hempedu
biasanya akan dibuang secara pembedehan dan pemvedahan ini kebiasaannya
dilakukan selepas keradangan dan demam berkurang
Q : Xpe
ke Dr Seiji.. Klu kita membiarkan sahaja batu hempedu tanpa dbuang? Kesannya?
A : Bergantung shazrani.....malah antara kita pun mgkin
ada batu tp kecil...bergantung kepada saiz batu. Tp kalaubkeradangan
hempedu...kena buang....pasal atas risiko di bawah
1.buah Hempedu boleh menjadi gangrene ala2 mcm menjadi
mayat
2. Buah hempedu boleh menjadi kanser
3. Keradangan buah hempedu boleh membentuk menyebabkan
saluran baru atauvterowong baru ke usus
Q : Klau
sakit perut sbb mkn pedas hingga demam tu ada kaitan dgn batu hempedu juga ke
DrSS?
Macam taklah...kalau makan pedas rasa sakit pedih perut
tu maksudnya perut mengalami kelukaan sedikit dipanggil gastritis.
Tp smpai demam tu biasa takdelah
Kadang2 orf xonfuse gastritis dan ulcer....gastritis cuma
kecederaan superfixial pada lapisan perut . Ulcer adalah ulcer...maksudnya
lapisan perut tu dah start kena korek.
Umpama tanah yg lapang...kalau kita
buang tanah....dan ada lubang...itulah ulcer
Q : Dr
sahkan sy Ade batu hempedu, n Dr syorkan supaya buang,. tp xambik langkah tu,,
Klu biarkan dan x datang sakit lg... Ianya X memberi kesan Klu masih xbuang ?
A : Shazrani....bergantung pada saiz dan lokasi. Yg ni
biasa doktor bedah lebih arif cara nak handle masalah ni.... Batu ygvlebih
besar lebih tinggi peluang mendatangkan masalah dan komplikasi
Q : Dr. Bagaimana nak buang cacing dalam usus?
Ada pil yang boleh diambil? Yang selamat;
Atau
punya cara yang lain. Adakah aspek kebersihan semasa penyediaan makanan
puncanya kehadiran cacing dlm usus?
A : Boleh ambil ubat cacing 6 bulan sekali.
zentel
Ya. Betul. Kurang teliti tentang kebersihan diri dan
makanan boleh menyebabkan penyakit cacing dan juga batu hempedu.
Saya pakai tab wormnox utk dewasa dan sirap ridworm utk
kanak2.
Umur bawah setahun tidak perlukan ubat cacing
Boleh bagi juga terutama jika kawasan kita tinggal agak
kurang bersih.
Semua orang ada risiko.
Beberapa jam selepas ambil ubat cacing2 dalam usus akan
lumpuh dan keluar bersama najis.
Mungkin boleh manfaatkan penulisan di blog saya.
Q : mcmna
tanda kita nk tahu ada kehadiran cacing dlm tubuh dr seri?
A : Pucat, letih dan kurang selera makan. Kanak2 kurus
dan perut buncit krn protein dan kalori malnurition.
Sy selalu jumpa di kwsn pendalaman dan anak2 asli.
Q :
saya pernah tengok di medik tv, cacing dlm usus yg bercangkuk merosakkn
struktur usus .betulkah doktor?
A : Ya betul tu
Q : adakah
kesan sampingan jika mengambil pil perancang dlm tempoh masa yg lama. Lebih
kurang 10 tahun. Tu pun da selang dengan masa mengandung.
A : Tak semua wanita sesuai dgn pil perancang.
Sbb tu saya tak setuju kalau wanita beli pil ini tanpa
pemeriksaan.
Terutama yg ada darah tinggi, berat badan berlebihan,
kerja duduk di kerusi dlm ofis, merokok. Ini semuanya menyebabksn darah mudah
beku
Boleh jd stroke masa muda 40an.
Tp sekarang pil ini dapat dgn mudah.
Mula2 amik dgn nasihat doc tp lepas tu juz terus mkn xde
cek da.
Pemberian hormon buatan (sentetik) perlu pemantauan.
Bg wanita yg ada sejarh keluarga emak dan kakak adik
petempuan ada kanser payudara dan rahem, harus berhati2.
FDA USA dah beri senarai wanita yg tidak boleh diberikan
pil ini dan senarai wanita ug boleh diberiksn tetapi perlu pemantauan.
Saya ada tulis dlm majalah ANIS.
Perancangan keluarga harus dibincangkan dgn suami isteri.
Bukan tugas isteri saja dan suami buat tak tahu.
Masalahnya suami tak mahu ambik tahu dan tugas isteri
untuk menjadi mandul untuk sementara.
Itu adalah salah. Saya byk terima email mcm ni. Maaf
bahasa saya agak kasar.
Antara rintihan, suami nak sedap saja dan isteri yg
merana akibat kesan sampingan pil ini.
Cara terbaik ialah guna kondom ketika hari subur.
Lg pun anak adalah anugerah. Lainlah kalau doktor kata kehamilan
boleh membawa mudarat.
Ramai suami pula tak suka pakai kondom. Jd mahu tak mahu
pilihan yg berbaki ialah berikan hormon buatan.
Sama ada pil suntikan etc.Jd itulah masalahnya.
Pemberian hormon buatan (sentetik) perlu pemantauan.
Guna pil perancang hukumnya harus. Rujuk fatwa
kebsngsaan.
Yg haram ialah BTL kerana ia kekal kecusli doktor
mengesahkan kehamilan seterusnya memudaratkan.
Eg pesakit jantung berlubang dan fungsi jantung pun
terjejas.
Atau umur dah 40 dan anak sudah 8. Kehamilan berikut
mungkin menyebabkan rahem tudak mengecut dan pendarahan menyebabkan kematian.
Jd bincang dgn suami sbb keluarga itu adalah kepunyaan
suami dan isteri.
Bukannya kena pakai selalu pun.
Berbanding kena makan pil tiap2 hari.
Suami yg sayang isteri akan pertimbangkan kesan sampingan
pil ini.
Ya itu jawaban yg diberikan oleh para isteri yg ambil
pil. Bila tanya mengapa tak guba cara lain. Jawabannya ☝
Lepas ni virallah statement saya ni. Copy paste kat group
lain. 😅
Tak bahaya jika dalam pantauan doktor..
Kena faham anak ni rezeki. Ulamak secara umum kata haram
kalau ada niat tak mahu anak kalau tubuh sihat dan mampu.
Jadi kalau rancang tiba2 hamil juga tak perlu risau.
Percaya pada takdir Allah. Terima dgn redha. Mungkin anak itu yg buat kita
gembira di alam satu lg.
BTL = Bilateral Tubal Ligation (pengikatan saluran peranakan).
Q : Doc,
pmakaian kondom ni mmg bebas kesan smpingan ke kpd lelaki?
A : Tak de kesan. Cuma nikmat kurang sikit. Tp bukan
selalu. Kurang pun dikit jer
Bukan selalu. Makan pil tiap hari lg banyak kesan
sampingan.
Saya pernah tgk ada yg umur 45 pun makan pil lagi. Dah
masuk 20 mkn pil. Setiap hari setiap bulan...
Saya cadang kira waktu subur. Pastu guna kondom 2-3 hari
selepas dan sesudah waktu subur.
Tip
utk anak yang genius
Pertama pilih pasangan dari keturunan dan baka yg baik
Kahwin dgn org jauh
Yg lebih bijak dari kita
Genetik yg berbeza menghasilkan anak yg comel bijak dan
berbakat
Bukan kedudukan negeri. Kalau sarawakian duduk sebelah
rumah pun ok
Maksud saya bukan dari genetic pool yg sama
Eg sama sepupu dua pupu tiga pupu
Kita kena tukar mentaliti kita
Contoh org Padang pandai berniaga. Anak kita mungkin ada
kebolehan berniaga juga.
Org Bugis berani dan berjaya dlm pelayaran.
Menyentuh apa yang dibincangkan malam tadi dalam memilih
pasangan, betul apa yang telah dibincangkan iaitu cari mereka yang tiada
pertalian darah dengan kita. Selain dari dapat anak yang comel dan pintar ia
juga boleh mengurangkan anak kita dari mendapat penyakit bawaan genetik
Q : tp
camne plk antara faktor perangai blh mempengaruhi genetik y?
A : Genetik itu yg mempengaruhi perangai dan personaliti.
Bukan sebaliknya. Dpt suami baran, anak pun baran. Selalunya bila umur
meningkat, hormon dah senakin rendah kita bertambah stabil. Tak baran lg. Kalau
masih baran sampai tua itu perlukan kaunselor tu.
Selalunya bila umur
meningkat, hormon dah senakin rendah kita bertambah stabil. Tak baran lg. Kalau
masih baran sampai tua itu perlukan kaunselor tu. Selalunya bila umur
meningkat, hormon dah senakin rendah kita bertambah stabil. Tak baran lg. Kalau
masih baran sampai tua itu perlukan kaunselor tu.
Bglah ujian utk lelaki ni. Mcm2 boleh buat. Tgk cerita
musang berjanggut p ramlee diuji. Pakai payung dlm hutan.. ☝👍
tanya kawan dan musuh di tempat kerja. Buatlah penilaian. Yg dah berkahwin ada
yg kejut utk suboh. Yg single pastikan jam dikunci.
No comments:
Post a Comment